19/08/2011

Coordinating map projection to Google Mercator



Penyelarasan map projection ke Google Mercator

(Coordinating map projection to Google Mercator)

Berbanding dengan peta RSO, peta kadaster negeri mempunyai coordinate reference point tersendiri. Ini bermakna pengintegrasian peta kadaster antara negeri sukar dicapai apabila ingin melihat peta-peta negeri secara makro. Satu alternatif adalah untuk memilih map projection RSO atau WGS84. Bagaimana pun, jika pengguna ingin mengguna peta tersebut bersama Google Maps sebagai background, pertindihan tepat tidak dapat dicapai kerana berbeza map projection. Ada pendapat mengatakan ianya  tiada masalah dengan meletakkan  setting "on-the-fly projection"(So what's the big deal?). Masalahnya kedudukan peta tersebut terapung atas Google Maps, maka, mana-mana analisis yang akan melibatkan beberapa lapisan sukar dianalisis kerana map projection tidak seragam. Ya, penyeragaman rupabentuk peta satu cerita, penyeragaman map projection lain cerita dan amat penting untuk menghasilkan analisis yang berjaya. Dalam hal ini, cubaan dibuat untuk reproject rancangan tempatan daerah (RTD) bagi beberapa kajian mengikut Google Mercator dan hasilnya tercapai seperti imej diatas. Saya amat berpuashati  dengan pengintegrasian ini kerana memudahkan paparan peta RTD secara makro kepada pihak pengurusan tinggi apabila ingin melihat perkembangan kemajuan penyediaan rancangan pemajuan  secara nationwide. Belum cuba belum tahu!

Different from RSO plans, state cadaster plans have their own coordinate reference points. Tis means that the integration of cadaster plans between states is difficult to achieve when one wnat sto  view state plans from a macro view angle. One alternative is to choose the RSO or WGS 84 projections. However, if the user wants uses that plan with Google Maps as a background, an accurate overlay cannot be achieved because of the difference in map projections. There is an opinion that there will be no problem if setting is fixed on-the-fly projection (So what's the big deal). The problem is that the various plans float in Google Maps making analysis difficult because map projection is not uniform. Yes, the standardization in the form of a plan is one story, coordinating map projection is another and it is very important to produce a successful analysis. In this matter, trials were carried out to reproject a District Local Plan for various studies using Google Mercator and the results as shown above. I was very pleased with the integration because it is convenient to view RTD plans in macro view to the top mangement whenever they wish to see the devlopement status in the preparation of development plans nationwide. You won't know till you try!

4 comments:

  1. SALAM. SAYA DARIPADA JABATAN PERTANIAN JOHOR INGIN BERTANYA BAGAIMANA CARA UNTUK MENUKAR PROJECTION DARIPADA KERTAU RSO MALAYA METER(EPSG:3168) KEPADA WGS84(EPSG:4326). UNTUK MAKLUMAN TUAN SAYA INGIN OVERLAY DATA SHAPEFILE PETA KADASTER JUPEM DENGAN PETA DARIPADA GOOGLE MENGGUNAKAN OPENLAYERS PLUGIN. HARAP TUAN DAPAT MEMBANTU.
    TERIMA KASIH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya saya akan gunakan 'export to new projection' dalam data management tools yakni dari modul fTools tapi mengikut nasihat Ujaval dibawah artikel 'When to downgrade fTools?', katanya aktifkan lapisan tertentu/right-click mouse pada layer/configure CRS ke RSO kat sana/save/aktifkan lapisan baru tu. Cuba try

      Delete
  2. saya gunakan 'export to new projection' dan juga 'save as' daripada kertau rso ke wgs84 tetapi pertindihan peta kadaster dengan google map tidak tepat dan jauh dari kedudukan sebenar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya telah bincang dengan seorang perunding Open Source yang biasa dengan QGIS dan pandangan beliau adalah langkah tersebut adalah betul cuma ada kemungkinan lapisan asal bukan CRS RSO kerana dia biasa convert mengikut kaedah tu, OK saja.

      Delete