24/08/2011

GeoReferencer can help...


GeoReferencer boleh membantu...

Kebanyakan orang tahu bahawa harga imej satelit bukannya murah. Apa terjadi bila rujukan maklumat geospatial sekunder amat diperlukan tetapi peruntukan kewangan adalah terhad? Tambahan pula apa yang ingin dirujuk adalah perkembangan gunatanah terkini bagi sesuatu kawasan. Rujukan kepada Google Maps adalah satu alternatif tetapi pengemaskinian peta Google Maps tak terkini dan biasanya tumpuan pengemaskinian diprioriti ke kawasan terkenal seperti ibu negara dan ibu negeri, maka kadangkala tak boleh harap pulak sumber percuma ni. Dalam hal ini, rujukan paling baik merupakan fotoudara. Untuk menggunakan fotoudara dengan baik, foto tersebut elok di align sebaik baiknya mengikut projection peta. Nasib baik QGIS mempunyai alat untuk tujuan ini yang dinamakan Georeferencer yang bertujuan seperti namanya menyata ... untuk mereferencekan imej kepada sesuatu peta. Perlu dingat Georeferencer, buat masakini, hanya dapat georeferencekan peta raster dan bukan peta vektor tapi boleh la. Apabila sekurangnya 4 penjuru telah dikenalpasti pada imej raster dan ditandakan pada tapak yang sama dalam peta vektor, modul di run-kan dan apabila output dipaparkan serta peta ditindihkan atasnya, hasilnya adalah seperti diatas, of course, ketetapan output bergantung kepada ketetapan semasa menanda point-point tadi.

GeoReferencer can help...

Everyone knows that satellite images are not cheap. What happens there is much need to refer to secondary geospatial data but one has limited budget? Add to that, what is required is the latest landuse of a specific area. Reference to Google Maps is one alternative but updates from Google maps is not frequent and usual only concerns priority areas such as federal and state capitals, so at times one cannot rely on free sources. In this matter, the best reference are aerial photos. To use aerial photos optimaly, they need to be aligned with the proper map projection. Luckily QGIS has a feature for this purpose named GeoReferencer with the purpose as its name states ... to reference images to a certain plan. It is important to note that GeoReferencer for the time being only handles raster and not vector images. When  4 axis have been identified to the raster image and marked on the same spot in the vector plan, the module is run and the output is made to overlay the vector plan, the result is sown as above, of course accuracy depends on the accuracy to fixing those axis.

No comments:

Post a comment