Sebagai pengumpul data gunatanah mengenai rancangan pemajuan mandatori seperti Rancangan Tempatan Daerah (RTD), Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia (JPBD) mengumpulkan pelan-pelan tersebut yang Pejabat Projek telah outsource kepada perunding. Tanggungjawab bagi memastikan perunding mematuhi Manual GIS JPBD adalah tugas Pejabat Projek. Kerapkali, tugas pemantauan tidak komprensif dan ralat-ralat disampaikan kepada BMGN. Ralat berbentuk topology error dan/atau attribute error dan perlu dipinda jika tidak, analisis GIS pasti akan menghasilkan keputusan yang salah. Oleh itu, sebelum pelan-pelan tersebut disimpan dalam 'gerobok' dataware, mereka disemak semula oleh personel BMGN dan di pulang balik ke Pejabat Projek untuk pindaan dimana terdapatnya ralat. SQL query merupakan salah satu cara untuk verifikasi data antara produk dan Panduan Manual. Saya jangka mungkin akan terdapat pelawat ke jabatan yang ingin lebih tahu bagaimana kami verifikasi data geospatial, oleh itu, saya telah sediakan PDF slideshow yang boleh dimuat turun disini. Saya bercadang untuk menyediakan kertas kerja berkaitan dan pautkan disini tapi buat masakini...lapar lah :-D
How Quantum GIS is used in cross-checking task?
As a compilier of landuse data concerning development plans such as mandatory District Local Plans, the National Landuse Information Division (BMGN) of the Federal Department of Town and Country Planning (JPBD) collects such plans outsourced to consultants by the Project Offices. The responsibility of ensuring that consultants comply to the JPBD GIS Manual is that of the Project Offices. Quite often, the task of monitoring is not comprehensive and errors get passed up to BMGN. These errors could be in the form of topology error and/or attribute error and need to be rectified failing which GIS analysis would surely produce faulty results. Thus, before these plans are kept in the dataware 'vault' for good, they are cross-checked by BMGN personnels and returned to the Project Offices for rectification where found to be inaccurate. SQL query represents one way to cross-check between the product and the Reference Manual. I anticipate visitors to the department may one day want to know how we verify our geospatial data so I made this PDF slideshow which can be downloaded here. I plan to write the paper later and link it here but for the moment ... I'm hungry :-D.
Assalamulalaikum.
ReplyDeleteSaya seorang pelajar yang berminat dengan QGIS ni dan berhajat membuat dissertation di dalam bidang GIS menggunakan software ini. Saya ada beberapa soalan.
Adakah software ini user friendly?
Adakah software QGIS ini sesuai di gunakan dengan laptop?
Wslm,
ReplyDelete>Adakah software ini user friendly?
Very!Tapi kena lah tahu asas GIS. Fikirlah staf BOMBA yang tak pernah guna GIS, dalam tempoh 8 jam dah boleh buat projek intermediate.
>Adakah software QGIS ini sesuai di gunakan dengan laptop?
No problem! Dah percuma so why cuba lah cuma berat ke tidak GIS bergantung kepada saiz fail yang nak aktifkan. Tentulah CPU dan RAM yang lebih besar pasti elok.
saya pernah menggunakan QGIS.. sebenarnya mudah dan senang sama macam mapinfo atau arcgis. Dulu saya ingat susah QGIS, tapi bila dah explore baru tahu tak susah nak kuasai.. infact QGIS lagi mudah berbanding lain.. terima kasih kerana ada effort untuk wujudkan blog ini. Ianya memberi panduan kepada kami yang baru belajar. Kalau boleh tolong promote ke IPTA sebagai langkah awal kepada industri ini supaya ianya boleh berkembang.
ReplyDeleteSaya rasa mmg nk gune QGIS ni. Kalau ade ape2 prob ley la saya rujuk n bertanya kat En.
ReplyDelete>Kalau boleh tolong promote ke IPTA sebagai langkah awal kepada industri ini supaya ianya boleh berkembang.
ReplyDeleteIni cadangan yang baik. Seperti biasa kena bincang dulu dengan pihak atasan apa prioriti mereka :-\
>Kalau ade ape2 prob ley la saya rujuk n bertanya kat En.
ReplyDeleteNo problem. Bergantung kepada isu yang dibangkitkan, sure we will try but no promises kita akan dapat solution.
assalamualaikum...saya pelajar dari Universiti Malaya. Tahun ni saya memerlukan data guna tanah bagi semenanjung malaysia untuk latihan ilmiah saya. Jadi bolehkah saya dapatkan data guna tanah tersebut sama ada dalam bentuk shapefile ataupun imej?
ReplyDeleteWslm. Permohonan rasmi (letterhead UM) perlu dibuat kepada JPBD untuk memperolehi data geospatial gunatanah walaupun bagi latihan ilmiah kerana edaran data diaudit.
ReplyDeleteEn Abbas, saya dari ppsppa ingin mengetahui lanjut tentang web gis. Adakah qgis dapat di paparkan dalam bentuk web? Jika boleh saya ingin membuat temujanji berkaitan perkara ini. Tq
ReplyDeleteEn. Abbas, saya yang dari ppsppa, Hanizon.
ReplyDelete>En Abbas, saya dari ppsppa ingin mengetahui lanjut tentang web gis. Adakah qgis dapat di paparkan dalam bentuk web? Jika boleh saya ingin membuat temujanji berkaitan perkara ini. Tq
ReplyDeleteWslm. Perlu gunakan the right tool for the right job. Dalam open source, kita perlu transformkan data gis yang biasa disimpan dalam gis geospatial dbase seperti PosgreSQL-postGIS ke gis web server seperti GeoServer atau MapServer. Sinergi QGIS terletak dalam client-server combination. Kita ni bawah satu payung kan? Kontak saja bila-bila masa.