26/04/2012

Towards self reliance with QGIS


Kearah berdikari dengan QGIS

Hari ini, Pusat Kompetensi Sumber Terbuka (OSCC, JPM) telah menjemput saya memberi taklimat di Bengkel Self Reliance, Program OSS Sektor Awam pada Pusat Antarabangsa Konvension Putrajaya. Lebih kurang 40+ orang dari berbagai kementerian menyertainya dan saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan apakah langkah-langkah sesuatu agensi berkaitan dengan data geospatial perlu mengambil jika ingin berdikari dengan OSS GIS seperti Quantum GIS. Bengkel dilontarkan beberapa faktor kritikal seperti perlunya pengguna mahir dalam bahasa Inggeris, lingua fraca Internet, menerokai, innovasi, lihat & belajar, cuba usaha, menyelidik & membangun, jangan harap saja satu kaedah, dll. Kemudian dari perbincangan bersama piahk urusetia dan peserta-peserta, saya mendapat maklumbalas bahawa taklimat saya diterima dengan baik serta mudah fahami. 

Towards self reliance with QGIS

The Open Source Competency Centre (OSCC, JPM) invited me to give a talk today at the Self Reliance Workshop under the Public Sector Open Source Software (OSS) Programme at the Putrajaya International Convention Centre. About 40+ participants from various ministeries attended and I took the opportunity the explain what an agency that deals with geospatial data needs to do if it wants to be self reliant with an OSS GIS such as Quantum GIS. I threw some hard facts like the need to be proficient in English, the lingua fraca of the Internet, explore, innovate, look & learn, try out things, reserach & develop, do not rely just on one approach, etc. etc. Later from discussion I had with secretariat members as well as participants, I get the word that my talk was well received and understood. 


No comments:

Post a comment