11/04/2012

Training: JPBD Perlis & others get trained in QGIS

Mentor shows off
Mentee doesn't want to "lose-face" so also shows off
 Training: JPBD Perlis & lain-lain dapat latihan QGIS

Dibawah initiatif Pengarah Perancang Negeri, kami dijemput untuk memberi latihan QGIS training selama 2 hari pada 10-11.4.2012 di pejabat mereka kat Kangar tapi bukan hanya kepada staf JPBD tetapi juga termasuk lain-lain agensi negeri. Sesi latihan QGIS yang amat mesra dan aktif kami alami telah mengambarkan betapa enthusiastik mereka pada QGIS dimana hanya beberapa peserta yang telah didedahkan kepada MapInfo manakala yang lain lansung belum pernah guna perisian GIS. Pada sesi latihan tu, pegawai UPEN dan Unit GIS Negeri menyatakan kekaguman mereka bahwa QGIS mesra-pengguna dan boleh melaksanakan pelbagai tugas tolak fakta bahawa ianya percuma. Mereka kini berhasrat untuk mencadangkan kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk mengguanpakai QGIS bagi semua agensi negeri. Walaupun siliobus kursus QGIS 2 hari telah di padatkan menjadi sehari bermakna Hari 1 dan Hari 2 melibatkan lain-lain peserta, maklumbalas adalah bahawa mereka telah mempelajari dalam tempoah sehari lebih dari apa yang telah dipelajari dalam kursus GIS luaran sepanjang 10 hari akan tetapi jika diberi peluang, mereka ingin kursus ini dikekalkan tempoh 2 hari kerana banyak yang mereka ingin pelajari dari QGIS. Ini buat kami amat puashati.


Training: JPBD Perlis & others get trained in QGIS

Under the initiative of the Perlis State Planning Director, we were invited to give QGIS training for 2 days on 10-11.4.2012 at their office in Kangar but not only to staff from Perlis Town & Country Planning Dept. but also to other state agencies. This was the most warmest and active QGIS training session we experienced so far which shows they were enthusiastic about QGIS where only a few have been exposed to MapInfo while the rest were first timers. During the training, the State Economic Unit and the State GIS Unit said they were  impressed with QGIS being user-friendly making it easy to use and saw the many tasks it could do minus the fact it is free. They are now keen on proposing the State Authority adopt QGIS to all state agencies. Eventhough, the 2 days sylibus QGIS course was compressed into a day meaning Day 1 and Day 2 had different participants, feedbacks voiced that they have learnt here in 1 day with us more than what they had learnt from a 10 days privately trained GIS course though given the choice they wanted it to be a 2 day course because there was much to learn from QGIS. That made us very satisfied.

Peserta-peserta

Naza Hamid, JPBD Perlis
Pengetahuan secara ringkas berkaitan Quantum GIS - Dapat pelajar serba ringkas perakara berkaitan GIS dan memberi perspektif baru kepada GIS dan lebih mudah dan perlu laitahan utnuk mahir dan mengingati arahan-arahan berkaitan.

Abdul Rahim Mohd, JPBD Perlis
Perlu dedahan lanjut supaya dapat faham dengan lebih berkesan tentang QGIS.

Masita Juhaidah Mat Rana, JPBD Perlis
Dengan  adanya pengetahuan seperti Quantum GIS, akan lebih memudahkan kerja-keraja harian di jabatan.  Paling penting adalah tidak perlu mengeluarkan kos dan boleh didapati dengan perrisian GIS percuma.

Hisahmuddin Johar, UPEN Perlis
Suatu medium perisian GIS yang mudah difahami dan dipelajari daripada persian GIS yang lain. Jika diberikan lebih pendedahan, insyAllah kadar kefahaman akan lebih berkesan. Latihan perlu diberikan lebih daripada 1 hari dapat menjimatkan kos untuk menyediakan dan membeli perisian GIS.

Azni Alimin, UPEN Perlis
Terima kasih

Harfifi Rashid, Unit Perancang Kerajaan Tempatan, Perlis
Latihan Quantum GIS ni membuka minda agensi-agensi teknikal dinegeri Perlis untuk menggunakan kaedah-kaedah baru dalam pengumpulan data geospatial. Adalah lebih bagus sekiranya agensi-agensi teknikal dibekalkan dengan manual penggunaan QGIS dan latihan yang perlu dijalankan dari masa ke semasa seperti kursus QGIS untuk memantapkan lagi kemahiran mereka.

Muhammad Syukedri Md. Isa, JUPEM, Perlis
Quantum GIS berbanding dengan MapInfo lebih mudah dan yang paling penting adalah percuma. Ini mudah diaplikasikan daripada Google Earth dan berbaloi untuk dimajukan bagi sektor awam

Syamsul Rizal Abdullah, JUPEM Perlis
Terima kasih

Zaham Zulkifli, MP Kangar
Latihan QGIS ni pada dasarnya telah memberikan satu pendedahan baru dalam menggunapakai aplikasi data geospatial dengan lebih mudah dan boleh digunapakai bagi semua jenis perisian GIS versi sebelum ni.

Muhammad Akmal Abdullah, MP Kangar
Kenapa perlu keluarkan kos yang tinggi untuk perisian yang berlesen sedangkan QGIS boleh menawarkan perisian GIS secara percuma?

Norlin Abdullah, JPS Perlis
Quantum GIS lebih mesra pengguna berbanding dengan aplikasi GIS yang setara dengannya sebelum ini. Mudah dan cepat difahmai. Sekiranya diberi latihan QGIS lagi, mungkin dapat pendedahan yang lebih mendalam.

Ahmad Rizuan Othman, JPS Perlis
Lebih senang tetapi perlukan latihan QGIS dari masa ke semasa. Perlu mendapat sokongan daripada majikan.

Mohd Najib Abd. Rahim, MADA
Mudah dipelajari berbanding dengan perisian GIS lain. Pendedahan kepada lebih banyak jabatan dialu-alukan. Sangat berguna dan cepat memperolehi daa jika pandai menggunakan QGIS.

Siti Noorazwanie Abu Bakar, MADA
Lebih mudah untuk dipelajari dan digunakan berbanding perisian-persian lain. Sangat berguna kepada jabatan-jabatan bagi memudahkan pelaksanaan sesuatu kerja.

Muhmaad Mustadza Mazni, JMG Perlis
Quantum GIS adalah mesra pengguna dan sangat interaktif untuk kerja-kerja pemetaaan. Sememangnya amat berguna .

Aszwan Ahmad Sapian, JMG Perlis
Terima kasih

Che Aziz Che Soh, JMG Perlis
Terima kasih

Ashafitri Ahmad, DOS Perlis
Mesra pengguna tapi perlukan komputer yang berkuasa tinggi.

Mohd Sazali Eshan, DOS Perlis
QGIS mudah, murah, ringkas. Mudah difahami bagi setiap lapisan pengguna.

Mohd Jesri Saad, Jab. Pertanian Perlis
QGIS lebih mudah difahami berbanding dari yang lain. Lebih mantap.

Mohd Nizam Abdul Aziz, Jab. Pertanian Perlis
Mesra pengguna, mudah faham dari MapInfo. Jimat kos, apa pun PBTM dan JPBD perlu anjurkan kursus lanjutan.

Zamri Mat Isa, UPD Perlis
Terima kasih

Alim Ezaimi Abd. Rashid, UPD Perlis
Terima kasih

Che Rozairi Che Radzi, JKR Perlis
Terima kasih

Mansur Othman, BPTM Perlis
Terima kasih

2 comments:

  1. Salam Tuan,
    Jika kursus diadakan di Pahang, boleh ke saya join juga?
    Sy dari JUPEM Pahang (Skim F)

    T.kasih
    Masrul
    masrul[at]juph.gov.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.

      Ini terpulang kepada penganjur, kami bukan penganjur tetapi penceramah & fasilitator. Mana-mana agensi awam yang sudi (termasuk pihak tuan) menganjurkan latihan QGIS seterusnya membuat permohonan rasmi kepada pihak kami, so far Jabatan tidak pernah tolak. Barukini semasa lawatan beliau ke KPKT, KSN berkata beliau suka mendengar agensi awam yang membantu lain-lain agensi luar kementerian masing-masing.

      Delete