26/04/2012

Training: K-Perak GIS unit get trained in QGIS


Latihan: Unit GIS K-Perak GIS mendapat latihan QGIS

24-25.4.2012 merupakan dua hari di Ipoh dimana atas permintaan, kami telah memberi latihan QGIS kepada Unit GIS K-Perak. Walaupun ramai peserta masih baru dengan perisian GIS, semua cepat tangkap cara-cara untuk menggunakan QGIS dan ini memberi tanda bahawa QGIS betul-betul adalah perisian GIS yang amat mesra-pengguna. Mengajar disini juga sungguh menyeronokkan kerana kemudahan IT disini semuanya baru dan bagus serta talian Internet adalah baik. Saya percaya kumpulan ini lama-kelamaan akan menjadi pengguna setia QGIS. 

Training: K-Perak GIS unit get trained in QGIS

24-25.4.2012 were two days spent at Ipoh, upon their request, training QGIS to staff of K-Peraks's GIS unit. Although many were still new to GIS, I found that they took to QGIS very quickly showing that QGIS is indeed a user-friendly GIS tool. It was enjoyable training here because the IT equipment are new and very good at the same Internet bandwidth was comparatively responsive. Looking the way as it it, I believe this bunch will eventually be avid QGIS users.

Peserta


Ikmal Harun
Agensi Kerajaan perlu digalakkan menggunakan Open Source Software supaya dapat mengurangkan kos. Quantum GIS adalah mesra pengguna dan sangat bagus untuk kerja-kerja pemetaan.

Redzuan Rashidi
Software Quantum GIS, bagus, mesra pengguna. Namun perlu diberi tunjuk ajar awal yang sewajarnya sebelum menggunakan software ini. Tenaga pengajar sebagai permulaan, pengajaran yang diberikan adalah mencukupi.

Khairol Anuar Mohd. Nor
Perisian ini bagus digunakan kerana banyak kemudahan disediakan dan hampir sama dengan perisian yang berlesen. Pendedahan perlu diperluaskan dan sokongan perlu digalakkan. Ia memudahkan dan menjimatkan. Sekian.

Mohammad Faizol Abdul Hamid
QGIS adalah sangat bagus untuk diaplikasikan dalam setiap tugasan berkaitan GIS. Walaupun percuma, perisian QGIS menyamai perisian berbayar seperti ArcGIS, MapInfo dll. secara keseluruhannya, Quantum GIS lebih mudah, ringkas dan mesra pengguna. QGIS terbaik! Diharapkan usaha pendedahan kepada agensi agensi kerajaan dapat dipertingkatkan dimasa hadapan kelak. Terima kasih kepada tenaga pengajar.

Aladaiah Abdul Latif
Saya suka dengan perisian QGIS. Daripada tak tahu apa-apa kepada tahu menggunakan perisian QGIS. Kalau boleh, nak ada buku panduan/nota step-by-step mengguanakan setiap tools. Kalau boleh, lanjutkan masa, belajar relax-relax sambil buat latihan yang banyak.

Anis Athirah Ramli
QGIS mudah digunakan dan senang difahami. Walaupun perisian QGIS ini mudah tapi bagi pengguna yang baru perlu dibekalkan nota pengguna yang mudah bagi membolehkan pengguna mengguna perisian ini. Latiahn yang diberi sangat berguna dan perlu ditambah lagi bagi menambah kemahiran. Belajar dalam keadaan yang sederhana laju lebih, mudah untuk difahami.

Nurul Safinah Mohd. Shahairi
Mudah dan cepat mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Perlu ada latihan selanjutnya secara berkala. User friendly software.

Zulkhairy
Quantum GIS terbaik, user friendly and multipurpose. Diharap boleh anjurkan lagi mengenai latiahan QGIS.

Mohammad Hafizrul
Training memerlukan pc yang lebih high-end.

Mohd Hafiz Ghazali
Quantum GIS adalah perisian yang percuma yang terbaik serta tenaga pengajar telah memberi maklumat dan tips-tips yang sangat berguna untuk memahirkan diri dalam penggunaan Quantum GIS.

Mohd Subari Muhamed Jamil
QGIS amat bagus dan menjadi keperluan kepada Unit GIS Perak berdasarkan pembelajaran selama 2 hari ni. Banyak masalah dapat diatasi dengan menggunakan QGIS. Semoga pembelajaran seperti ini akan dapat diadakan lagi bagi menambahbaik pengetahuan dan ilmu baru bagi penyelesaian masalah-masalah terbaru dan terkini. Selain fungsi dan aplikasi yang amat bagus ini dan amat sesuai bagi pihak kerajaan menggunakan QGIS dalam tugasan harian.

Siti Nor Hajar
Quantum GIS adalah satu perisian peruma yang bagus dan mudah berbanding software lain. Walaupun saya masih kurang mahir tapi banyak fungsi dan aplikasi didalam QGIS yang sporting dan baik harap dapat dianjurkan lagi

6 comments:

  1. Terima kasih sudi datang memberi tunjuk ajar kepada kami semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi nak belajar QGIS. Bersama-sama kita promosikan QGIS.

      Delete
  2. TQ. It was an honour, En. Abbas

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ from me too. It means a lot more to Fadzlan and me than you think it is.Together we can help other agencies use QGIS especially the poorer ones.

      Delete
  3. Quantum GIS adalah satu perisian percuma yang bagus dan mudah berbanding software lain. Walaupun saya masih kurang mahir, dengan adanya tenaga pengajar yang sporting dan baik banyak fungsi dan aplikasi didalam QGIS yang dapat saya pelajari harap boleh dianjurkan lagi.Ini pembetulan dari komen diatas terima kasih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Opps... :-o Semua ni akibat buat kerja sampai pukul 12 malam walhal sepatutnya saya menjalankan tanggungjawab masing-masing...

      Delete