06/10/2011

To reduce the oversupply and maintenance cost of hydrants using Quantum GIS


Pengurangan bekalan terlebih dan kos senggaraan pili menggunakan Quantum GIS

Beberapa hari lalu, saya amat sibuk kerana ternampak masalah ... lalu ternampak cara GIS dapat mengatasinya. Kertas kedua saya menerangkan bagaimana Jabatan BOMBA boleh mengurangkan bekalan terlebih dan kos senggaraan bagi pili jika GIS diguna semasa perancangan. GIS bermata dua, maka, terpulang sama ada seorang berfikiran positif atau negatif  ketika menerima keputusan analisis GIS, oleh itu, saya akan menunggu respon semasa mengedar kertas tersebut. Pokoknya, modul buffer diguna untuk mengenalpasti kawasan tadahan sesuatu pili berasaskan jarak buffer. Seterusnya, pertanyaan SQL dibuat pada buffer mengikut bilangan pili untuk mengitung bilangan pili terlebih. Kemudian, saya menggunakan pengiraan asas untuk mengitung kos penjimatan. Minat ke kertas saya? OK, ianya boleh dimuat turun disini

To reduce the oversupply and maintenance cost of hydrants using Quantum GIS

These past few days, I have been a busy bee because I saw a problem ... and then I saw a GIS way how to solve that problem. My second paper tells how the fire department can prevent the oversupply and reduce maintenance cost of hydrants if they use GIS in their planning. GIS is a double edge sword and it depends how positive or negative a person is when receiving the results of a GIS analysis so I will wait for the response when I pass them a copy. Fundamentally, the buffer module was used to identify the catchment area of a hydrant based on a buffer distance. Then I SQL queried the details of the buffer by hydrants numbers to quantified the numbers of oversupplied hydrants. Later I used my school arithmetic to calculate the cost savings. Interested in my paper? OK, it can be downloaded here



4 comments:

  1. Tahniah. Ini lah satu penenmuan yang baik dan bagus dikongsi bersama. Semoga Semua pengurusan tertinggi kerajaan melaysia dan semua ketua jabatan Agensi persekutuan dan negeri dapat memahami GIS dan menyokong Penggunaan GIS ini dalam Negara.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. Pada pandangan saya, masalah penerimaan perisian sumber terbuka terdiri kerana dalam memperolehi aset, ramai kakitangan tidak peduli pasal duit kerajaan.Lantak lah bukan duit aku, apa aku peduli, aku nak barang termahal yang ada dipasaran kalau tidak aku tak dapat buat kerja. Cuba fikir kalau duit tu keluar dari poket sendiri, pasti semua orang awam yang perlukan GIS akan pilih QGIS, after all, outputnya sama dan dari R&D yang kami buat, ada pula modul QGIS-GRASS yang lebih cepat dari propreitari GIS.

    ReplyDelete
  3. Pertama.. syabas kepada pihak tuan dan partner kerana berjaya menghasilkan pelbagai output didalam blog ini. Ianya menunjukkan QGIS juga boleh berfungsi seperti perisian GIS lain. Walaubagaimanapun saya berpendapat adalah lebih baik tuan promote hasil output ke Agensi yang terlibat bagi memperluaskan benefit sekaligus berkongsi ilmu. Sayang sekiranya kesemua kajian yang dibuat tidak di extend ke agensi lain. Selain itu ianya juga boleh dipromote ke IPTA.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih YB.

    >Walaubagaimanapun saya berpendapat adalah lebih baik tuan promote hasil output ke Agensi yang terlibat bagi memperluaskan benefit sekaligus berkongsi ilmu.

    Ini cadangan baik. Hasil output berasaskan data BOMBA akan kami forward kepada mereka kelak. Hasil output dari agensi lain akan bergantung kepada kesudian agensi tersebut membekalkan data untuk kami membuat R&D QGIS.

    ReplyDelete