Printscreen from GIS Lab |
Klasifikasi raster menggunapakai DTclassifier
Sebelum sesi pertanyaan antara pelajar-pelajar di UTM Skudai, terdapat pelajar yang berminat dengan klasifikasi raster bagi gunatanah. Mereka bertanya sekiranya QGIS boleh membantu maka saya terus membuat sedikit kerja rumah dan jawapannya terdapat di GIS Labs Rusia. Ya, saya tabik si bijaksana di GIS Labs. Seperti saya kata dulu, kalau tak tanya, tak akan dapat jawapan (atau membuat carian Internet). Bagaimana pun, pengguna perlu memasangkan QGIS 1.8 atau lebih tinggi bermakna versi Master dan saya kira tak sukar untuk dilaksanakan. Panduan Pengguna disini adalah jelas dan mudah faham tetapi saya mengakui masih belum saya mencubanya. Ada yang berminat?
Raster classification with DTclassifier
Before my Q&A session with students at UTM Skudai, some student showed interest in raster classification of landuse. They asked me if QGIS could help so I did some homework and found the answer at the Russian GIS Labs. Yes, I take my hats off to the whiz kids at GIS Labs. Like I said, you won't know until you ask (or make some Interent search). However, users need to install the QGIS 1.8 or higher which is the Master version and that should not be difficult. I found the User Manual here clear and understandable although I admit I have not tried it yet. Anyone interested?
As-Salam.
ReplyDeleteSaya ada beberapa soalan berkaitan QGIS.
Dari pembacaan saya, QGIS tak mempunyai geodatabase seperti ArcGIS (betulkan kalau sy tsilap).
-Adakah QGIS mempunyai database juga?
-Macamana hendak mulakan kerja bagi kerja2 mapping and analysis? adakah dari digitize base map?
Wslm,
ReplyDelete>Dari pembacaan saya, QGIS tak mempunyai geodatabase seperti ArcGIS.(betulkan kalau sy tsilap)
QGIS adalah desktop GIS statusnya adalah seperti ArcGIS desktop. ArcGIS server mempunyai geodatabase.
>Adakah QGIS mempunyai database juga?
Data yang disimpan dalam attribute table QGIS adalah database desktop GIS. Kes adalah sama seperti ArcGIS desktop.
>Macamana hendak mulakan kerja bagi kerja2 mapping and analysis? adakah dari digitize base map?
Mula-mula kenalah ada base map, sama ada peta kadaster, imej raster atau peta topo bergantung kepada keperluan pengguna. Kalau imej raster pasti kena buat lapisan atas imej raster dan digitize peta raster tersebut. Kerja analisis GIS bergantung kepada keperluan pengguna dan jika tidak menggunapakai teknik sieving, akan memerlukan plugin tertentu.