Waiting for my turn |
Mesyuarat Pengurus Projek didedahkan kepada pemantauan gunatanah oleh QGIS
Semalam, saya dijemput untuk memberi taklimat di Mesyuarat Pengurus Projek anjuran jabatan saya di Penang tentang kebolehan QGIS untuk memantau pembangunan gunatanah. Ianya dihadiri oleh semua Pengarah Projek, Pengurus Projek, Pengarah Negeri/wakil. Sudahlah subjek GIS teknikal, tambah pula diikuti dengan topik yang mendalam dan waktu yang agak 'berat' (3:30ptg), maka tidak terkejut saya semasa menerangkan proses step-by-step dilihat semua pengarah-pengarah keluar dan seorang tertidur. Hanya 2 soalan dibangkitkan: Mengapa saya memilih kawasan kajian tersebut dan apakah perbezaaan antara PostgreSQL RDBMS dan analisis spatial oleh QGIS. Pertamanya, saya menjawab tidak mudah nak mencari data 'bersih' dan kawasan kajian tersebut cuma merupakan the 'best'. Kedua, saya menerangkan kebolehan RDBMS untuk menangani isu one to many dimana perisian GIS sama ada open atau close source tidak boleh menangani dan memandangkan data tepat perlu dikumpul, maka adalah wajar dipertingkatkan penyimpanan data GIS mngikut cara tersebut. Saya masih memikir mengapanya tiada respon. Mungkin taklimat saya sungguh hebat, mungkin ianya terlalu teknikal bagi pengurus projek, mungkin ini bukan pengkhususan mereka atau mungkin mereka takut bertanya kerana boleh menonjolkan kelemahan masing-masing. Apa jadi pun, saya percaya taklimat saya adalah baik. Sebelum saya keluar, sempat saya bertanya 5 orang antaranya yang lansung tiada latarbelakang GIS dan semua menjawab mereka faham saya. Mesyuarat tersebut penting bagi saya kerana ianya menunjukkan janganlah pandang rendah tentang Open Source GIS tapi sekurang-kurangnya cuba guna lah dulu.
Project Managers' Meeting exposed to landuse monitoring by QGIS
Yesterday, I was invited to brief my department's Project Manager's Meeting at Penang on how QGIS has the ability to monitor landuse development. It was attended by all Project Office directors, project managers and state directors or their representatives. The subject GIS was technical further compounded by a indepth subject and it was already a dry 3:30pm so when I went through the process step-by-step I was not surprised to see all the directors leave and someone doze off. Only 2 questions were asked: Why I chose that study area and what was the difference between PostgreSQL RDBMS and spatial analysis by QGIS. I replied firstly, it was not easy to find 'clean' data and that study area just happened to be the 'best'. Secondly, I explained the importance of RDBMS at addressing one to many issues which GIS software open or close source cannot handle and since accurate data needs to be collected, it becomes necessary to upgrade GIS data storage to this level of data collection. I am still thinking why there was hardly any response. Maybe my presentation was par excellence, may it was too technical for project managers, maybe it was not their expertise or just maybe they were too afraid to ask because it could show their ignorance. Whatever it is, I believe I did well. Just before I left, I asked 5 people, one of whom did not have GIS background and all replied they clearly understood me. To me, this was a very important meeting because it shows one not to look down on Open Source GIS but should at least try first.
Tahniah Tuan kerana memberi ceramah kepada kumpulan bos bos seperti pengarah. Kadang kadang kita kecewa apabila ada golong pengurusan dan professional yang berjawatan tinggi tetapi mempunyai motivasi 0%. Sepatutnya tunjukkan teladan yang baik. Jangan tidur atau keluar masuk semasa orang memberi ilmu teknikal.
ReplyDeleteTuan ke Beijing workshop GIS?
Terima kasih. Sedih tetapi apa nak buat, ini lah realiti. Sikap seperti tu, anda boleh buat kesimpulan mereka berpendapat taklimat tersebut tidak akan memanfaatkan mereka so why waste time? Dalam hal seperti ini, kita perlu sabar dan yang penting adalah beri keutamaan kepada mereka yang sudi mendengar taklimat.
DeleteTahniah Tuan.
ReplyDeleteDiharap perisian Open Source GIS seperti QGIS akan lebih dikenali dan diguna pakai..
Jangan pernah kenal erti letih.
Keep up the good work.
Banyak-banyak terima kasih. Bulan depan mungkin ada surprise tapi buat masakini mulut di 'zip'.
DeleteCan't wait to be hearing from you.
Delete:)
Bagusla kalau tuan seorang penyabar. Kalau saya , saya warning terus yang mana tak berminat sila keluar. Jangan buang masa anda disini.
ReplyDeleteSaya bukan seorang penyabar tapi dari pengalaman saya, biasanya ada hikmat disebalik sesuatu cabaran atau dugaan Illahi, cuma perlu sabar sedikit dan percaya rezeki pasti akan bergolek kemudian.
DeleteSalam, tuan...
ReplyDeleteSaya telah explore sendiri dan cuba menggunakan QGIS. Boleh sampai ke tahap digit peta, and it's interesting... Saya cuba nak gunakan QGIS sebagai bahan bantu mengajar untuk student saya di sekolah..Anyhow saya menghadapi masalah; dan sekiranya tuan sudi, saya ingin meminta bantuan tuan dalam;
1. bagaimana nak sambung kerja...stop editing polygon, dan sambung semula , edit the same polygon, terpaksa mula dari baru.
2. Saya juga tak pandai nak join dua edited line, untuk menjadi satu line...Contohnya satu sungai yang bercabang, perlu disambung dan dinamakan sebagai satu sungai..
3. bagaimana nak betulkan pendigitan yang salah. contohnya, satu poin disalah letak, boleh tak saya klik mana-mana dan drag that point ke tempat yang betul...
Segala bantuan daripada tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih....
- to stop editing polygon: in editing mode, right click mouse at last node not first node
Delete- sambung semula , edit the same polygon: in editing mode, select node tool then click on node then press node and move node or doubleclick on line segment of polygon to create new node
- Gabungan satu sungai yang bercabang, perlu disambung dan dinamakan sebagai satu sungai: in editing mode, use select single feature then press control and select second line next under edit, select merge selected feature/ok
- nak betulkan pendigitan yang salah: in editing mode, select node tool, press node then move node where you want then let go node
Service charge : 2 karipap IKEA :-D
If ada kursus QGIS kat mana-mana, boleh tak saya bayar dan menghadirinya untuk menambah pengetahuan saya tentang QGIS...
ReplyDeleteSetahu saya, tak banyak. Tak boleh sebut dimana kerana tak berekita.
DeleteAssalamualaikum Tuan,bolehkah saya mendalami QGIS ini walaupun saya tidak mempunyai pendidikan formal?Untuk pengetahuan Tuan saya bekerja disalah sebuah syarikat balak di Negeri Sabah sebagai GIS Operator.Antara tugas rutin saya ialah mengumpul data GPS(Garmin MapSource) dan kemudian ke GlobalMapper.
ReplyDeleteWsalam. Apakah tujuan sauadara mengumpulkan data gps tersebut dan bagaimanakah data tu digunakan i.e untuk memperolehi maklumat apa?
Delete