21/08/2011

Monitoring inconformity landuse


Pemantauan gunatanah berkonformiti

Bagaimanakah cara paling baik untuk memastikan keberkesanan perancangan fizikal bagi sesuatu kawasan? Dalam kata lain, apakah cara paling baik untuk memastikan yang dilaksanakan adalah selari dengan apa yang dirancang? Jawab! Jawab! Godek atas godek, akhirnya kami berjaya mengajar Cik QGIS menghasilkan output yang dapat menjelaskan sesuatu kawasan mengikut landuse conformity atau tidak berdasarkan perbandingan pelan zoning dan pelan gunatanah semasa. Langkah ini dicapai melalui  GeoProcessing Tool "Intersect" kemudian  dibantu dengan modul Query Builder yang mana mempunyai ciri-ciri Structured Query Language (SQL). Lanjutan R&D sampai ketengah malam, kami dapat menghasilkan kawasan yang mempunyai  landuse conformity dan apabila ditindihkan atas peta gunatanah sedia ada, maka, dapatlah dilihat kawasan gunatanah tidak berkonformiti. Apa yang kami perlajari dari R&D ini menonjolkan bahawa kawasan gunatanah tidak berkonformiti tidak bermakna terus idak boleh dimajukan sebarang pembangunan fizikal. Ini adalah kerana terdapatnya dua senario dalam perancangan bandar yang dibenarkan:
  • Gunatanah sedia ada berkonformiti dengan Pelan Zoning;
  • Gunatanah sedia ada yang tidak berkonformiti dengan Pelan Zoning tetapi dibenar pembangunan fizikal berpandukan gunatanah tertentu yang dibenarkan.


Bagi scenario kedua,  GIS masakini masih belum dapat memproses analisis GIS ketahap itu kerana masih belum terdapat mana-mana GIS yang berlengkapan modul khas bagi tujuan tersebut yang saya tahu kerana perkara ini memerlukan manual assessment. 

Monitoring inconformity landuse

What is the best way to ensure effective physical planning for an area? In other words, what is the best way to ensure what is implemented follows what was planned? Answer! Answer! Tinker this and tinker that, eventually we succeeded to "teach" QGIS how to produce the output needed to show that an area follows landuse conformity and there is no contradiction between the zoning and existing landuse plan. This step was achieved using the "Intersect" Geoprocessing tool aided by the Query Builder module which uses Structured Query Language (SQL). Following R&D till the middle of the night, I managed to produce the conformity landuse area and when overlaid with the existing landuse plan did the nonconformity landuse are appear. What I learnt from this R&D was that nonconformity landuse area does not mean not allowable physical development. This is because there are two allowable scenarios in town planning:
  • Existing landuse that conforms to the zoning plan;
  • Existing landuse that does not conform tot the zoning plan but is allowed physical development based on specific allowable landuse.
In the second scenario, current GIS cannot  because there is no GIS that I know that can process such GIS analysis, as such, requires manual assessment

No comments:

Post a comment