Cadangan untuk pinda Malaysian Standards MS1759:2004 bagi JPBD
Hari ini, saya telah menghadiri satu mesyuarat yang penting antara MacGDI and jabatan saya untuk memantapkan lagi cadangan untuk meminda Malaysian Standard MS1759:2004 berkaitan Maklumat Geografi/Geomatik - ciri-ciri and kod atribut. Objek mesyuarat adalah untuk membincang bagaimana untuk menginkorporasi keperluan Manual GIS JPBD bagi rancangan pemajuan (dimana ianya adalah panduan GIS bagi pihak berkuasa perancang tempatan sejak tahun 80'an ) ke dalam Piawaian Malaysia, Jabatan Piawaian Malaysia. Perbincangan berjaya selaraskan antaranya, isu lama iaitu penggunaan 'gunatanah': istilah yang diguna sama oleh Jabatan Pertanian (DOA) dan jabatan saya tetapi mempunyai intrepretasi berlainan. Kami berpendapat istilah tersebut lebih mengambarkan penterjemahan kami yang berkaitan dengan kegunaan tanah dan bukan seperti diterjemah oleh DOA yang berkaitan dengan liputan tanah. Selain dari itu, perbincangan menumpu kepada cara paling baik untuk mengkodkan ciri-ciri dan atribut perancangan. Mesyuarat ini ditangguh dengan keputusan saupaya kami menyediakan cadangan sat set kod baru yang mana dapat disyor kepada Jawatankuasa pada mesyuarat akan datang dengan hasrat untuk memudahkan perkongsian maklumat, elemen penting dalam GIS dimana penyeragaman data terlibat.
Proposal to amend the Malaysian Standards MS1759:2004 for JPBD
Today, I attended a very important meeting between MacGDI and my department to streamline the propose amendment to the Malaysian Standard MS1759:2004 which concerns Geographic Information/Geomatics - features and Attributes Codes. The object of the meeting was to discuss how to incorporate the requirements of the JPBD Manual GIS for development plans (which has been a reference GIS manual for local planning authorities since the 80's) into the Malaysian Department of Standard's Malaysian Standard. The discussion help coordinate an age old issue, that is, the term "landuse":commonly used by both the Department of Agriculture (DOA) and my department but having a different meaning. We are of the opinion that landuse deals with the activity of the land and is more representative than the terminology used by the Department of Agriculture which interprets as land cover. The other area of discussion centred on how best to codify the planning landuse features and attributes. The meeting concluded well and we were asked to come up with a proper set of codes which we are to recommend to the Committee in the next meeting all in the name of data-sharing, a crucial element for GIS where standardization is involved.
Apa beza Peta Guna Tanah DOA dan Guna Tanah JPBD? Apa beza pula liputan tanah dan Guna Tanah JPBD?
ReplyDeletePeta gunatanah DOA paparkan pelbagai jenis tumbuhan pertanian bagi sesuatu kawasan sebagai 'feature' manakala peta gunatanah JPBD paparkan pertanian sebagai 'feature' dan jenis-jenis tumbuhan pertanian sebagai 'atribut'. Liputan tanah adalah 'land coverage' seperti kelapa sawit, padi, dll. manakala gunatanah adalah 'landuse' seperti 'residential, commerical & industry'
ReplyDeleteApa beza standard infrastuktur Macgdi dan state gdi lain?
ReplyDelete>Apa beza standard infrastuktur Macgdi dan state gdi lain?
ReplyDeleteSoalan ini tidak jelas sama ada berkaitan dengan Standard SIRIM, infrstruktur MacGDI atau peranan yang dimainkan oleh MacGDI dan SGDC? Sila jelaskan.
beza berkaitan infrstruktur MacGDI dgn SGDC
ReplyDelete>beza berkaitan infrstruktur MacGDI dgn SGDC
ReplyDeleteMaCGDI adalah Urusetia kepada GDC yang merangkumi GDC di peringkat presekutuan, negeri dan tempatan. Infrastruktur di peringkat persekutuan dikendali oleh MaCGDI memandangkan iannya agensi persekutuan tetapi diperingkat negeri, infrastruktur MacGDI adalah agensi negeri yang diputuskan oleh SUKN. (go to http://www.macgdi.gov.my/1835.aspx?theme=xweb_mygeoportal_gray)
Mana agensi patut menjadi custodian data land use?
ReplyDeleteJabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia dalam permohonan reorganisasi semula struktur Jabatan diluluskan oleh JPA untuk berfungsi sebagai Pusat Maklumat Gunatanah Negara pada 2008.
ReplyDeleteSaya harap dapat digubal satu pekeliling baru yang mana menjadikan JPBD sebagai Custodian Land Use. Apa yang terjadi sekarang adalah Jabatan Pertanian cuba fight untuk menjadi data Custodian Land Use Juga tetapi hendak membuat Data yang berkaitan Land Use. Apa yang saya keliru disini , Data Jabatan Pertanian mengenai Land Use amatlah detail bukan sahaja kategori pertanian detail, tapi ada juga maklumat lain seperti perlombongan , perindustrian dan kategori urban.
ReplyDeleteKami sedang selaraskan perkara ni bersama MaCGDI yang telah pun bersetuju dengan pendirian JPBD.
ReplyDeletesaya ingin mendapat pandangan didapati maklumat gunatanah merangkumi aktiviti/kelas spt hutan, sungai dll yang bersifat semulajadi, adakah ini termasuk dalam 'land use'...atau land use hanya merujuk kepada aktiviti gunatanah oleh manusia?..terima kasih
ReplyDelete>...maklumat gunatanah merangkumi aktiviti/kelas spt hutan, sungai dll yang bersifat semulajadi, adakah ini termasuk dalam 'land use'
ReplyDelete'Landuse' meliputi gunatanah semulajadi seperti hutan dan pantai serta buatan manuasia seperti kediaman, pengangkutan dan industri.