08/09/2011

Retrieving 3-D easier than thought!


Paparan 3-D lebih senang difikir!

Penggunaan lapisan 3-D sesuai digunakan dalam perancangan bandar contohnya pihak berkuasa tempatan boleh menentukan sama ada pemandangan line of sight dari sesuatu vista akan dihalang oleh mana-mana cadangan pembangunan fizikal seperti blok busines atau apartmen yang tinggi. Dalam hal ini, teringat saya dasar kawalan perancangan di Johor Bahru dimana sebarang pembangunan fizikal dari tebing Selat Tebrau hingga ke Kompleks Tun Abdul Razak (TAR) tidak dibenar menghalang pemandangan line of sight dari tingkat tertinggi Kompleks TAR. Walaupun buat masakini, penggunaan aplikasi seperti ini masih belum digiatmaju oleh pihak-pihak tertentu, saya terus mencuba kebolehan QGIS untuk membangunkan lapisan 3-D dengan bantuan modul GRASS "nviz" yang merupakan alat untuk menyediakan vizualisation dan animation bagi menentukan sendiri sama ada langkah-langkahnya adalah susah ke tidak berasaskan pengalaman saya yang tidak biasa dengan aplikasi 3-D. Buat kali ini, saya hanya cuba menyediakan lapisan 3-D dan pada mulanya, saya menjangka kerja ni akan sukar dijalankan tetapi to my surprise, penyediaan 3D dengan nviz lebih senang dari yang disangka khasnya bagi saya yang datang dari aliran Arts. Yang saya amat tertarik dengan nviz adalah apabila imej 3-d yang telah saya janakan dapat diexaggerate-kan rupabentuk ketinggian bukit dan diubah angle pemandangan mengikut citarasa pengguna. Kesimpulannya, nviz is really cool stuff!

Retrieving 3-D easier than thought!

The use of 3D layers is useful in town planning  e.g. local authorities can determine whether the line of sight from a certain vista is obstructed by any propose physical development like business block or high rise apartment. In this aspect, I am reminded of the planning control policy at Johor Bahru where no physical development from the edge of the Tebrau Straits to the Tun Abdul Razak complex (TAR) should obstruct the line of sight from the highest floor of the TAR complex. Although the use of this application is currently not popularly used by respective parties, I went ahead and gave QGIS a try at creating a 3D layer with the help of the GRASS module "nviz" which represents the tool to prepare visualization and animation and to determine for myself if it is indeed difficult based on my barren knowledge of 3D application. This time around, I tried to create a 3D layer and thought it would be difficult  but to my surprise it was easier than expected considering I'm from the Arts stream. What attracted me about nviz was that the 3d image can be the form of a highland can be exaggerated and tilted to any angle. Conclusion, nviz is really cool stuff!

No comments:

Post a comment