Latihan: Wakil Bahagian & Pejabat Projek mendapat latihan QGIS
Lanjutan keputusan Jawatakuasa Perancangan dan Pengurusan JPBD awal bulan ini, setiap Bahagian dan Pejabat Projek diarah menghantarkan wakil untuk dilatih sebagai QGIS Desk Officer bagi pejabat masing-masing. Latihan yang diberi berasaskan kaedah Train-the-Trainer dan sedang dijalankan di Ibu Pejabat JPBD pada 24-26.7.2012 serta melibatkan seramai 13 peserta yang amnya sudah pun mahir dengan MapInfo. Bagaimana pun, kemahiran dengan sesuatu perisian memerlukan penggunaan yang kerap bagi perisian tersebut (seeloknya setiap hari). Terdapat pertanyaan sama adanya kenyataan bertulis mendefactokan QGIS dan saya menjawab "Tiada" kerana pihak pengurusan terlebih dahulu ingin mendapatkan maklumbalas dari MAMPU mengenai perkara ini akan tetapi terdapat juga pandangan bahawa penggunaan perisian GIS seharusnya ditetapkan kepada QGIS untuk memudahkan latihan bagi mereka selain dari menyeragamkan perisian GIS.
Training: Division & Project Office key personnel get trained in QGIS, 24-26.7.2012
Following the decision of the JPBD Planning and Management Committee early this month, each Division and Project Office was directed to send a key personnel to be trained as a QGIS Desk Officer to represent their respective office. This QGIS training base on a Train-the-Trainer concept is currently being held at JPBD Headquarters on 24-26.7.2012 and consist of 13 participants whom basically are well verse with MapInfo. However, anyone familiar with any software requires regular use (preferably daily) of that particluar software. Will it be a success? Well, mine is only to teach and educate them how to use QGIS for daily GIS in town planning matters. There were as usual queries as to whether there is a written department policy to de facto QGIS and I replied for the time being "No" since the top management are first interested in getting a feedback from MAMPU on this but there were preferred views that the use of GIS should be standardize to QGIS so that to make training and use of GIS more uniform and convenient for the would be trainers
Peserta
Zamri Said, BRFN
Kena buat kursus berdasarkan kerja-kerja harian office yang sebelum ini menggunakan MapInfo/ArcGIS. Buat masa ini, perlu guna co-exit dengan perisian MapInfo.
Asmahan Abdullah, BPP
Terima kasih.
Khairul Azlan, BPKSP
QGIS satu perisian yang baik boleh dikembangkan untuk semua staf di Jabatan. Cuma perlu lah lebih lagi latihan praktikal . User friendly.
Abdul Razak Abd. Rahman, BPW
QGIS boleh diperluaskan penggunaanya diperingkat Jabatan keran ianya mudah untuk digunakan.
Wodilah Baharudin, BPW
Perlu kursus lagi untuk lebih fahami
Mohd. Shahrin Mhd. Safran, BMGN
Pengguna yang dah biasa menggunakan perisian GIS (MapInfo/ArcGIS) perlu mengosongkan pengetahuan mereka tentang perisian GIS terlebih dahulu kerana pengetahuan mereka dengan perisian GIS terdahulu akan membuat mereka berasa kekok dengan Quantum GIS. Secara keseluruhannanya Quantum mampu bersaing dengan MapInfo/ArcGIS dalam uruusan "GIS JPBD" apabila pengguna telah biasa dengan "command Quantum GIS" nanti.
Mohd. Rashid Abdul Talib, BMGN
Terima kasih.
Arnida Arshad, BMGN
Sebelum nie saya memang tidak banyak memahami dan menggunakan GIS. Kebanyakkan kerja difirma dulu menggunakan AUTOCA. QGIS memang mengagumkan saya. Masih banyak yang perlu dipelajari.
Norhadzmi Mohd. Nor, UPP
Pada peringkat latihan nampak mudah tapi perlu live project untukperbandingan dengan program GIS lain.
Uthayan a/l Iyana, STM
Terima kasih.
Abdul Mutalib Ismail, PPZT
QGIS boleh diketengahkan tetapi perlu latihan yang khusus dalam penggunaannya terutama pada pengguna serta ia mudah digunakan/difahamai .Perlu banyak latihan.
Shahrizaila Mahmud, PPZS
QGIS terbaik, perlu latihan tambahan untuk mahir tentang perisian ini. Latihan praktikal diatas tapak juga perlu cara menggunakan alat media lain seperti GPS.
Mohd. Muklif Md. Yusof, PPZR
Sebuah perisian Open Source yang mesra pengguna dan sesuai untuk perancangan bandar. Perlu diperkenalkan kepada semua staf JPBD Sem. Malaysia supaya dapat digunakan untuk kerja-kerja GIS.