09/05/2012

* Training: QGIS training, ILKPKT, Bukit Tinggi, 8-9.5.2012




Latihan: Latihan QGIS, ILKPKT, Bukit Tinggi, 8-9.5.2012

Ini merupakan kali kedua latihan QGIS training diadakan kat Berjaya Hillside Resort dimana Colmar Tropicale (elok diambil peluang lawati termasuk orang tempatan seperti kami) terletak di persekitarannya. ILKPKT, institut latihan bagi kerajaan tempatan telah berjaya mendapat khidmat kami untuk memberi latihan QGIS adalah situasi semua menang. Mengapa? Pertama, QGIS developers akan melihat penambahan pengguna-pengguna QGIS dikalangan pihakberkuasa tempatan diMalaysia. Terdapatnya lebih kurang 100 pihakberkuasa tempatan di Semenanjung Malaysia, maka, potensi komuniti QGIS untuk berkembang adalah sangat baik jika sokongan pihak atasan sentiasa diberi. Kami masih belum menerima sebarang maklumbalas yang kurang baik mengenai QGIS sebaliknya, selama  diberi pujian. Kedua, kolaborasi ini adalah baik untuk mengeratkan lagi perhubungan antara agensi kerajaan kerana jabatan kami bergantung kepada pihakberkuasa tempatan untuk membekalkan peta gunantanah terkini bagi kawaan pentadbiran masing-masing. Data tersebut selanjutnya akan diguna untuk membangunkan Pangkalan Data Maklumat Gunatanah Negara. Ketiga, 75% dari pihakberkuasa tempatan adalah Majlis Daerah dan mempunyai peruntukan kewangan yang terhad, maka pendedahan dan penggunapakaian QGIS amat dihargai. Bagi saya, mengajar peserta amat memuaskan kerana kini dapat menikmati kepuasan apabila apa yang guru mengajar terus dihargai dan digunapakai.

Training: QGIS training, ILKPKT, Bukit Tinggi, 8-9.5.2012

This represents the second time QGIS training held at the Berjaya Hillside Resort where Colmar Tropicale (which incidentally is worth visiting even for locals like me) is located too in the neighbourhood. ILKPKT, the training institute for local authorities nationwide secured me to train QGIS is a win-win situation. Why? Firstly, QGIS developers will see the mushrooming of QGIS users among local authorities in Malaysia. There are at least 100 local authorities in Peninsular Malaysia alone so the potential QGIS community to expand there is wide if we can consistently get top management support. I have yet to come across any participant that have said anything bad about QGIS, in fact, it has been flying colours all the way. Secondly, it is an excellent collaborative solution at improving inter-government agency relations because my department depends on local authorities to provide up-to-date landuse maps of their adminstrative areas. That data will eventually assist towards the development of the National Landuse Information Database. Thirdly, 75% of the local authorities are District Councils and have very limited budget so exposure and eventual adoption of QGIS is a blessing to them. For me, it has been most fulfilling and I am getting to understand the pleasure teachers get when what they teach is being very much appreciated and applied.

Peserta

Nazri Ismail, MP Kota Bharu
QGIS adalah lebih mudah digunakan. Ianya juga adalah percuma serta memudahkan jabatan-jabatan kerajaan untuk menggunakannya tanpa mengeluarkan modal yang besar.

Shamri Kamarul Ezrai Mohamaed Nasir, JPBD Pahang
QGIS banyak memberi faedah kepada pengguna dimana software ini adalah percuma tetapi dapat bersaing dengan software-software yang berbayar yang lain . Secara tidak lansung dapat menjimatkan kos untuk membeli software.

Shahida A. Ghani, JPBD Pahang
QGIS adalah satu open software yang baru kepada saya. Saya berpendapat bahawa perisian ini boleh diperluaskan dan dimajukan lagi kerana modul ini adalah percuma. Tetapi kehebatan untuk satukan fail-fail yang berbesa format adalah kunci utama bahawa perisian ini akan disukai oleh pengguna kelak dari pelbagai jabatan yang telah ada maklumat masing-masing.

Hairom Abd. Rashid, MP Sepang
Peneydiaan pemetaan bermaklumat lebih mudah, cepat dan murah, tidak perlu mengelaurkan modal yang besar untuk pembangunan data gis.

Nurulasyfyin Mustaffa, MP Pasir Gudang
QGIS lebih kurang dengan penggunaan GIS Mapinfo, Disetiap PBT perlu ada QGIS bagi mereka yang kurang mentahui tentang GIS Mapinfo supaya pembahagian kerja dapat sama memberi dan menerima.

Burhanuddin Nur Helmi Md Yusoh, MP Hang Tuah Jaya
Saya bukan pengguna tetap pengunaan GIS disebabkan skop kerja kami tidak bergantung kepada GIS sistem. Tetapi walaubagaimana pun, setelah pengunaan QGIS, saya agak br\erminat untuk memantapkan pengalaman saya kepada rakan pejabat saya.

Maizatul Azean Musron, MD Kuala Selangor
QGIS sangat bagus untuk kakitangan kerajaan tertama bahagian perancang. Ini kerana QGIS dapat meringkaskan kerja, dapat membuat updating dan analisis dengan mudah dan cepat berbanding dengan perisian MapiInfo. QGIS sangat membantu didalam pembangunan GIS disetiap PBT. QGIS ini juga user-friendly dan sangat mudah.

Faeteha Mohammad Mahroji, MD Kuala Selangor
User-friendly software. Saya suka kerana ia mudah difahami. Daripada tidak tahu apa-apa, melalui QGIS saya mempelajari dengan mudah untuk difahami. Namum begitu bagi merka yang baru, Manual hardbook perlu ada supaya lebih mudah selain memanjangkan sesi kursus dengan lebih lama dan santai. QGIS sangat membantu terutama untuk kakitangan kerjaan tempatan.

Muhd. Akmal Shahrom, JPBD Negeri Sembilan
QGIS sangat mudah difahami dan mesra pengguna.Namun perlu diberi tunjuk ajar yang sepenuhnya pada agensi kerajaan. Diahrap kursus ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih tenaga pengajar QGIS terbaik!!.

Ahmad Lukman Deraman, MP Klang
QGIS sangat menjimatkan dan mesra pengguna. Diharap kursus ini dapat diteruskan dan memberi pendedahkan yang secukupnya supaya kerja harian dipejabat dapat dilaksanakan dengan mudah. Hidup QGIS!!

Nurul Ain Adam, MD Jempol & Nur Suryati Mohd Baharin, MD Rembau
QGIS adalah OSS yang agaksam dengan perisian GIS yang digunapakai. Walaupun ianya lebih mudah difahami dan mesra pengguna sehubungan penggunaannya harus diperkenalkan kepada kakitangan awam yang menggunapakai perisian ini.

Noorliana Abd. Ghani, MB Shah Alam
QGIS dapat membantu menjimatkan kos perisian bagi piahk PBT. Walaubagaimanapun, ianya masih terdapat pro and contra diantara perisian lain seperti MapInfo dan ArcGIS. Namun begitu ianya satu perisian yang bagus untuk digunapakai kerana ianya lebih mesra pengguna. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

Siti Azlina Ahmad, MB Shah Alam
Perisian QGIS perlu diperluaskan lagi kepada kakitangan kerajaan terutama daam bidang perancangan bandar dan desa kerana ianya percuma, ringkas dan mesra pengguna. Quantum GIS juga senang dan mudah digunakan sekiranya dipratikkan selalu. Perlu banyakkan latihan dari segi pratikal dan ada buku panduan bagi cara mengguna perisian GIS. Terima kasih kepada penceramah keran sudi berkongsi ilmu.

Mohd Misri Bernawi, MP Sepang
Terima kasih

Mohd. Afzanizam Sulaiman, MP Dungun
Terima kasih

Muhmad Surhardi Mohamad, MP Dungun
Terima kasih

Mohamad Ghazali Ibrahim, MD Kerteh
Terima kasih


Mohd Rusli Ab Wahab, MD Kerteh
Terima kasih


Mahani Abu Bakar, JPBD Johor
Terima kasih


Abdul Rahman Mohd. Noh, JPBD Johor
Terima kasih


Mohd. Ariff Fadhillah Abd. Rahman, JPBD Terengganu
Terima kasih

No comments:

Post a comment