16/04/2012

* Training: QGIS training, ILKPKT, Bukit Tinggi, 16-17.4.2012




Latihan: Latiahn QGIS, ILKPKT, Bukit Tinggi, 16-17.4.2012

Kami dijemput oleh Insitut Latihan Kementerian kami untuk memberi latihan QGIS bagi 4 sesi selama 4 bulan mulai April. Ini adalah berita baik bagi QGIS kerana ILKPKT merupakan insitut latihan utama bagi pihak berkuasa tempatan diseluruh negara dan adalah cara paling efektif untuk memperluaskan penggunaan QGIS kerana kami kini melatih pengguna GIS utama di agensi-agensi kerajaan tempatan. Tempoh masa latihan adalah 2 hari dan bukan sepanjang sehari seperti dibuat dahulu kerana maklumbalas yang diterima selama ini menegaskan latihan QGIS, walaupun tahap asas, merangkumi banyak ciri-ciri QGIS yang mana perisian GIS suakr nak dilaksanakan.
 
Training: QGIS training, ILKPKT, Bukit Tinggi, 16-17.4.2012

We were invited by the Training Institute of our ministry to give QGIS training for 4 sessions over a period of 4 months beginning April. This is good news for QGIS as ILPKKT is the principal training institute for local authorities nationwide and the most effective way to spread the use of QGIS because we are delivering it to key GIS users from local government agencies. Training is a 2 day course and not compressed to 1 day as previously done because feedbacks stress the QGIS training, eventhough basic, covers many QGIS features proprietary GIS find difficult to do.

Peserta

Mohd.Hafiz Sahril Mahmud, MB Shah Alam
Kursus QGIS ini sangat bagus dan sesuai untuk tugasan harisan. Saya pasti akan kaji lebih jauh lagi pasal QGIS ni. TQVM.

Abdul Aziz Ramli, MB Shah Alam
QGIS adalah percuma dan sepatutnya digunakan dalam kerja-kerja pembangunan data selain mudah dan mesra pengguna.

Norshahril Saad, MP Jasin
QGIS sangat mudah dan senang difahmai ... dan ianya percuma.

Mohamad Rijal Mat Arib, JPBD Pahang
QGIS adalah perisian percuma yang banyak faedah kepada perancangan bandar. Walaupun percuma tetapi ia lebih canggih, lebih advance daripada perisian GIS  berbayar. Boleh menjimat perbelanjaan kerajaan daripada membeli persian kepada pembelian hardware yang lebih penting lagi untuk kegunaan semua kakitangan kerajaan tanpa perlu mengeluarkan modal. Cuma diri sendiri perlu belajar lagi mengenai QGIS lebih mendalam. Apa yang ada dalam MapInfo, ArcGIS semua ada pada QGIS. Terima kasih QGIS.

Mohd Adham Hj. Mahmood, MP Sepang
QGIS merupakan satu persianan GIS yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan perisian GIS berbayar. Keupayaan QGIS perlu diterokai dan dokongsikan denagn semua jabtan agensi mengikut keperluan masing-masing.

Mohd Ridzuan Mohd Zam Zam, MP Sepang
QGIS sangat membantu pembangunan untuk masa hadapan. Perlu diperluaskan lagi dengan memberi penerangan pada pihak atasan betapa penting dan bagusnya penggunaan QGIS.

Asiah Abd Latiff, MP Hang Tuah Jaya
QGIS mempunyai kelebihan dimana boleh membuka jenis fail yang berbeza seperti .shp dan .tab dengan serentak. Mudah. Jimat. Boleh diimplementasi dalam kerja seharian tetapi perlu diperluaskan pengetahuan QGIS dan perlu selalu praktis agar lebih mahir.

Mohd Asrul Zaimi, MP Bentong
OK. Bagus tapi perlukan lebih latihan

Norazam Harun, MD Bera
QGIS satu pembelajaran yang baru. Perlu buat penambahbaikan dengan sistem yang digunakan dijabatan seperti MapInfo dan AutoCAD. Perlu perbanyakkan latihan bagi memahirkan penggunaanya.

Mohamad Amri Abd. Ghani, MD Besut
Harap dapat memberi masa yang sesuai secukupnya untuk peserta memahami dan membuat latihan.

Nurul Shuhada Othman, JPBD Kedah
Bagus, mudah untuk dipelajar dan berguna.

Mohd. Nor Akmal Abd Hamid, MD Kuala Langat
Terima kasih

Azzrul Azzuri Jalaludin MD Kuala Selangor
Terima kasih

Nafisah Ismail, MP Klang
Terima kasih

No comments:

Post a comment