Sumbangan dari Mohd. Fadzlan Mhd. Saad dari OSC Kubang Pasu, Kedah
Latihan: Agensi-agensi negeri Kedah mendapat latihan QGIS, 20-21.2.2013
Latihan QGIS telah diadakan pada 20-21.2.2013 atas jemputan UPEN Kedah. Latihan secara hands-on dihadiri oleh 40 peserta daripada pelbagai agensi (PBT dan Jabatan Teknikal). Walaupun bilangan peserta kali ini ramai, latihan berjalan dengan lancar dimana para peserta kebanyakkan telah biasa menggunakan perisian GIS berlesen (Mapinfo dan ArcGIS). Beberapa peserta telah menunjukkan minat yang tinggi dimana pada slot silibus geocode photo telah dikembangkan kepada geocode video (walaupun tidak ajar dalam silibus) dan mereka berjaya melakukannya. Syabas! Pujian harus diberi kepada pihak UPEN KEDAH kerana mempunyai inisiatif dalam mengembangkan sayap OSS GIS. Pihak UPEN telah pun mengadakan siri kursus OSS seperti OpenOffice dan lain-lain. Maklumbalas yang diterima adalah baik dan pihak mereka memang berminat melanjutkan lagi silibus QGIS ke bengkel akan datang dan menjadikan QGIS sebagai perisian GIS utama (dalam bidang perancangan) yang akan diperluaskan kepada semua PBT. Maklum balas UPEN yang diterima selepas kursus tempohari, JPBD Kedah telah bermula menggunakan QGIS. Apa pun syabas kepada UPEN KEDAH diatas iniasiatif yang diambil dan semoga ianya menjadi pemangkin dan dorongan kepada UPEN lain untuk mempromosi QGIS.
Training: Kedah state agencies get trained in QGIS, 20-21.2.2013
A QGIS training was held on 20.21.2.2013 upon the request of the Kedah State Economic Planning Unit (UPEN). The hands-on session was attended by 40 particpants from various agencies (local authorities and technical departments). Although this time around, there were many participants, everything went on smoothly because most were already familiar with a proprietary GIS (MapInfo and ArcGIS). A few participants showed keen interest and during the geocoding photo slot extented it to gecoding video (although not in the sylibus) and they succeeded . Well done! Kedah UPEN must be congratulated for taking the initiative to expand OSS GIS. They too previously held courses like OpenOffice and others. Thy were happy and want to extend it into a workshop and establish QGIS as the principal GIS software for all local planning authorities. After the course, Kedah JPBD too started using QGIS. Whatever it is, we must take our hats off to Kedah UPEN for the initiative they did and serve as a catalyst to other UPENs to promote QGIS.