27/10/2012

Windows or Ubuntu QGIS?


Windows atau Ubuntu QGIS?

Sejak menggunakan komputer dual boot di opis, saya pernah ditanya yang mana lebih elok,  Windows atau Ubuntu QGIS? Saya berkata kedua-dua dari sudut teknikal adalah sama, oleh itu, tak kisah. Bagaiamana pun, saya lebih suka Ubuntu QGIS kerana:
  • QGIS disamping Ubuntu patch updates kerap diumumkan oleh Ubuntu Software Updater semasa saya aktifkan komputer pada waktu pagi. Kadangkala, ianya juga melibatkan update versi maka update secara 'separa-automatik' dilakukan oleh saya melalui klik keyboard. Pada Windows QGIS, pengguna perlu melawat laman web QGIS dari masa kesemasa untuk mengetahui sama ada versi terkini nyata, apa pun, perlu di update secara manual. 
  • Saya adala pengguna Ubuntu dan LibreOffice kerana fed up kerapkali perlu menjalankan defrag, scandisk, anti-virus dan anti-malware updates serta buat scanning, tambah pula, tidak perlu risau mengenai serangan Windows virus dan malware.
  • Terdapat banyak cara untuk memasang Ubuntu QGIS andai terdapat masalah kesulitan: Mod Terminal, Ubuntu Software Centre dan Synapatic Package Manager manakala melalui Windows QGIS hanya terdapat satu cara yang saya tahu. Ini mungkin akan menjadi masalah semasa QGIS memerlukan fail spesifik untuk menjalankan modul tertentu, selain dari itu, saya dapati mendapat bantuan dari Internet lebih mudah melalui mod terminal.
Kesimpulannya, terserahlah pada pilihan masing-masing.

Windows or Ubuntu QGIS?

Since I use a dual boot computer at my office, I was once asked which is better, the Windows or Ubuntu QGIS? I replied both are technically the same so in that sense of the word, it did not matter. However, I said I preferred the Ubuntu QGIS because:
  • QGIS alongside Ubuntu patch updates appear frequently notified by Ubuntu Software Updater when I start the computer in the morning. Sometimes this even included a version update so updates are 'semi-automatically' updated by me by the click of a keyboard. In the Windows QGIS, one must visit QGIS homepage once in a while so see whether a recent version is available, even so, that must be updated manually. 
  • I am a Ubuntu and LibreOffice user because I got fed up doing frequent defrags, scandisk, anti-virus and anti-malware updates and scanning, not to mention, I do not need to worry about Windows virus and malware attacks.
  • There are many ways to install Ubuntu QGIS should things get sticky: Terminal mode, Ubuntu Software Centre and Synapatic Package Manager whereas with Windows QGIS there is only one that I know of. This may be problematic when QGIS requires specific files to use certain modules and I found getting help from the Internet to do it in terminal mode is easier.
All in all, the choice is yours.

22/10/2012

QGIS 1.8 headaches - calculating area


Calculating area headaches

I did not have this problem in previous QGIS version but cannot seem to solve this issue with QGIS version 1.8. Against a consultant work where the area of polygons were configured in Real, I went along to check it out by creating 3 new columns with different configurations to record my version of 'area' (type/width/precision) for integer (aiw2p0), real(arw2p0) and string(asw2p0). Although the outcome of the calculations for all 3 types were similar (although more detail) and similar to the consultant's work, the moment I saved the file, the results summarized itself: integer rounded off as a whole number, string did not round off, left a decimal point but no precision info whereas real was did not round off but did not leave a decimal point. I'm stuck! It obviously would be impractical to keep an obsolete QGIS version just to calculate areas. Anyone out there got any advise?

UPDATE

I got an email from Tim Sutton dated 14.11.2012 who advised me

 "Probably you did not allocate enough decimal places when you created
the field. Try using something like:

10 digits with 5 places when you add the field to the table."

Well folks, you can try this out too. I haven't the time yet as I have to entertain my mother-in-law who just came by for holiday ...

21/10/2012

Ubuntu 12.10 & QGIS 1.8 Lisboa


Ubuntu 12.10 & QGIS 1.8 Lisboa

Semalam, saya mengubahkan setting sistem operasi dari hanya menerima update LTS kepada yang terkini dan selepas menggunakan 'Software Updater' terus keluar upgrade ke Ubuntu 12.10 yang dikeluarkan kalau tak salah, pada minggu lalu. Reboot dan setelah disemak versi 12.10 telah dipasang lalu diaktifkan  QGIS 1.8 dan dimasukkan lapisan vektor termasuk warna melalui templat warna dan setakat ni semuanya beres maka saya tak memugut. Dah setanding dengan saya ke? :-D

Ubuntu 12.10 & QGIS 1.8 Lisboa

Yesterday, I changed my OS setting from only receiving LTS updates to the latest updates and after using Software Updater, out popped up an upgrade to Ubuntu 12.10 which I believe was released  last week. A reboot and check confirmed I was on 12.10 then activated my current QGIS 1.8 added a vector layer inclusive of colour template and everything works (so far) so I'm not complaining. Have you caught up with me yet? :-D

17/10/2012

Special treatment


Pilih kasih

Kami baru dapat staf sokongan baru: Aspalela adalah pembantu teknikal yang pernah berkhidmat disalah satu pihak berkuasa tempatan selama 10 tahun. Saya bertanya dan beliau suarakan minat untuk menerima latihan QGIS. Beliau tidak mempunyai latarbelakang GIS tetapi tekun belajar sepanjang latihan yang diberi dan kerap bertanya soalan apabila sangkut seperti diminta oleh saya. Dalam tempoh 1 hari, beliau habis mengikuti peringkat asas. Hari kedua, beliau diberi latihan  peringkat intermediate. Sikapnya yang saya suka: sangat objektif dan tidak prejudis terhadap QGIS, maka penerimaannya kepada QGIS cepat meningkat. Beliau mula memahami mengapa saya suka QGIS tetapi kerana dapat melihat benda-benda yang menarik akan QGIS, mula keliru mengapa ada yang anti-QGIS. Saya meminta pandangannya mengenai QGIS dan jawapnya beliau tidak sangka GIS mudah untuk belajar dengan QGIS. Katanya QGIS mesra pengguna dan terus terang dalam kaedahnya menyebabnya mudah untuk belajar. Ditanya sama adanya yang kurang baik, beliau menjawap tiada, cuma perlu biasakan penggunaan QGIS setiap hari seperti lain-lain perisian. Sebelum tu, semasa memasang QGIS kedalam notebooknya, saya memperkenalkan Ubuntu kepada Aspalela dan meminta beliau membuat perbandingan antaranya dengan Windows menggunapakai komputer dual-boot saya. Beliau diminta melayari laman yang kerap lawati dengan Windows dan Ubuntu. Selepas tu, saya berjaya "convert" seorang lagi kepada Ubuntu. Sekali lagi, belaiu tidak faham mengapa orang padang serong terhadap Ubuntu dan merasa ianya merupakan sistem operasi komputer yang lebih pantas dan terbaik. Kini, beliau telah meminta saya dualboot-kan komputer pejabat dan notebooknya. Saya berkata ... minggu depan.


Special treatment

We just got a new support staff: Aspalela, a technical assistant formally attached to a local authority for 10 years. I asked and she welcomed me giving her a personal course in QGIS. She has no  background in GIS but because she paid close attention throughout my lessons and asked me questions whenever in doubt which I asked of her. In a period of 1 day she completed the basic course. The next day, she got trained in other intermediate stuff. I like her attitude because she was very objective and did not harbour any prejudice towards QGIS, thus, her acceptance towards QGIS grew very fast and she could see as well as understand why I am for QGIS but at the same time,  because she began to see so many points in favour of QGIS, she began to wonder why some were anti-QGIS.  I asked her now that I taught her the ropes, what she thought of QGIS and she replied that she did not expect GIS to be such a difficult subject to learn with QGIS. She found QGIS user- friendly and straight forward which made it easy to learn. I asked her if there were any bad points  and she replied not really merely that she needs to be familiar with it on a daily basis just like any other software she said. Earlier on while waiting for QGIS to be installed in her notebook, I side tracked her to Ubuntu, asked her to compare and contrast it against Windows using my dual-boot computer. She was asked to surf sites she regular does using Windows then again with Ubuntu. After all  that,  I've converted another to Ubuntu. Again, she could not understand why people are indifferent to Ubuntu and she feels it is the faster and better computer operating system. She wants me now to dual-boot her office computer and personal notebook which I said ... next week.

12/10/2012

Training: QGIS training at Kubang Pasu District Council, Kedah


First exposure to QGIS
Location of MDKP (See 'A') in relation to Langkawi island and Alor Setar
Latihan QGIS di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Kedah

Berita terkini dari Mohd. Fadzlan Mhd. Sa'ad

Setelah mendapat permintaan daripada kawan-kawan di MDKP untuk mengadakan sesi pengenalan GIS, maka pihak urusetia (Bahagian Perancang Bandar MDKP) telah pun menganjurkan kursus pada 10-11.10.2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa MDKP. Sesi kursus berjalan dengan baik sekali dan rata-ratanya peserta bukanlah mempunyai latar belakang pengetahuan GIS. Tetapi agak mengejutkan bahawa mereka dapat menggunakan perisian QGIS dengan baik sekali. Jika sebelum ini, kursus QGIS memberi tumpuan kepada bidang perancang bandar tetapi kali ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja seharian di PBT. Antara bahagian yang hadir adalah :
  • Bahagian Perancangan Bandar
  • Bahagian Kejuruteraan/Bahagian Bangunan
  • Bahagian Perlesenan
  • Bahagian Penilaian
  • Bahagian OSC
Outcome Latihan
  • Dicadangkan supaya pendedahan mengenai perisian sebegini hendaklah diteruskan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai QGIS.
  • Kursus ini hendaklah dijalankan diluar kawasan pejabat untuk memberi fokus yang lebih baik terhadap kursus.
  • Cadangan supaya pengurusan MDKP dapat menubuhkan Jawatankuasa melaksanakan QGIS bagi pejabat MDKP dan dapat menggunakan QGIS.
  • Pihak pengurusan dapat menjimatkan kewangan sekiranya menggunakan perisian QGIS berbanding perisian GIS berlesen.
Hasil daripada kursus ini, para peserta mohon pihak urusetia menganjurkan kursus pengenalan lanjutan di luar kawasan MDKP untuk memberi tumpuan yang lebih baik serta dapat membincangkan dengan lebih khusus lagi.

QGIS training at Kubang Pasu District Council (MDKP),  Kedah

Latest news from Mohd. Fadzlan Mhd. Sa'ad

After receiving a request from friends at MDKP to hold a session to introduce GIS, the Secretariat  (Town Planning Division, MDKP) held the course on 10-11.10.2012 at the Main Committee Meeting Room, MDKP. It went smoothly and most participants had no previous knowledge of GIS. This, it was a bit of a shock to find them use QGIS with ease. Before, QGIS course were mainly provided to those in the field of town planning but this time around, it involved other divisions in the local authority. These included :
  • Town Planning Division
  • Engineering/Building Division
  • Licensing Division
  • Valuation Division
  • OSC Division
Outcome
  • It was proposed that exposure on this software be continued to improve knowledge on QGIS.
  • This course should be held outside the office to ensure better concentration.
  • It was proposed the MDKP Management establish a committee to implement the use of QGIS throughout MDKP.
  • The Management can save cost when QGIS is used instead of proprietary GIS software.
From this course, participants requested the Management organized future courses outside the office to ensure training will be more effective and specific to user needs.

Peserta
  1. En. Mohd Fadzli Bin. Hj. Abu Bakar (Bahagian Perancangan Bandar MDKP)
    Perisian QGIS ini memang baik untuk tujuan penggunaan perancangan khasnya PBT.

  2. En. Ahmad Abdul Rahman (Bahagian Perancangan Bandar MDKP)
    Perisian ini bagus untuk tujuan kemasukan data dan gambar untuk kerja-kerja seharian.

  3. En. Mohd Nasir Bin Halip (Bahagian Perancangan Bandar MDKP)
    QGIS mempunyai banyak kelebihan dan fungsi dalam kegunaan kerja seharian di pejabat.

  4. En. Mohd Shahrol Bin Samsudin (Bahagian Penilaian MDKP)
    Perisian yang terbaik, sesuai dengan kehendak Bahagian Pernilaian dalam pembangunan pangkalan data GIS. Cadangan supaya bengkel diadakan mengikut bahagian (tumpuan kepada satu-satu bahagian).

  5. Cik Wan Suriati Binti Megat Abdullah (Bahagian Penilaian)
    Sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Perisian yang baik untuk semua info harta tanah.

  6. Pn. Nor Asiah Binti Mohamad (Bahagian OSC)
    Satu perisian baru yang menarik dan mudah dipelajari selain daripada dapat menambah ilmu baru.

  7. En. Virasak A/L Song
    So far semua bagus, perisian yang user friendly.

  8. Pn. Mashitohk Binti Ali (Bahagian Kesihatan)
    Suatu ilmu yang baru untuk saya pelajari dan aplikasi dalam tugasan harian. Memudahkan kerja untuk pengurusan data dan dapat menjimatkan masa dan kos.

  9. En. Hamzah Bin Don @ Abdul Wahab (Bahagian Kesihatan)
    Perisian QGIS adalah sangat bagus dan merupakan perisian yang amat menarik. Ianya sangat berfaedah bagi sesuatu organisasi untuk menguruskan dan mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan , kawalan vektor dan lain-lain lagi. Analisa bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat diketahui dengan lebih cepat dan menjimatkan. 

11/10/2012

* Training: JPBD Eastern Zone Project Office get trained in QGIS




Latihan: Pejabat Projek Timur dapat latihan QGIS

Kursus QGIS di Pejabat Projek Zon Timur, Kuala Trengganu pada asalnya dijadualkan pada bulan April tapi terpaksa ditangguh atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, kini, dijalankan pada 9-10.10.2012. Biar lambat asalkan selamat dan saya rasa kursus ini berjaya. Ianya dihadir oleh seramai  27 peserta (selama ni, yang paling ramai) termasuk wakil dari cawangan Kota Bharu dan Kuantan serta 3 dan 2 dari JPBD Negeri Kelantan dan Trengganu masing-masing. Respon amat positif sepanjang latihan QGIS dan seperti biasa, semua orang tak nak buat kesilapan lalu dijelaskan adalah  OK untuk buat kesilapan kerana dari kesilapan akan kita cepat memperbaiki diri sendiri juga terdapat mereka yang nak tak nak klik button tertentu akan tetapi senyum setelah menyedar apa yang disangka adalah betul.

Training: JPBD Eastern Zone Project Office get trained in QGIS

The QGIS training course held at the my Eastern Zone Project Office at Kuala Trengganu originally scheduled as early as April postponed due to unforseen technical reasons was eventually carried out on 9-10.10.2012. Better late than never but I believed was a success. It was attended by 27 participants (the most held at one time) that included representatives from their Kota Bharu and Kuantan branch as well as 3 and 2 representatives from Kelantan and  Trengganu JPBD state planning office respectively. Response was very positive though during practical training, as usual, everyone wants to get things right in the first run but I explained that it is OK to make mistakes after all it is from mistakes that we learn very fast how to improve ourselves so the hesitance to  click a certain button or so was apparent from some only to grin after told what they were unsure was right.


Participants

Hashimarahim Md. Basri
Terima kasih

Noor Zsa Zsareen Hassan
QGIS sangat bagus dan praktikal sekali dan berguna untuk diaplikasi dalam kerja kerja berkaitan denagn MapInfo sebelum ini

Rezab Ibrahim
Terima kasih

Ramlee Ab. Ghani
Sangat bagus dan practikal sekalai dalam kerja-kerja yang berkaitan GIS jika dibandingkan dengan MapInfo kerana QGIS adalah sumber terbuka dan akses dengan Internet secara menyeluruh.

Siti Nurhidayah Ismail
QGIS memudah dan cepat untuk dipelajari tetapi perlu diadakan sesi pembelajaran berkala supaya QGIS dapat diaplikasi sepenuhnya di Jabatan yang terlibat.

Iskandar Ali
Perisian yang mudah difahami. User friendly perlu ada pendedahan yang lebih banyak untuk lebih mantap.

Mohd. Amin Sidek
Terima kasih

Norazreen Abu Bakar
Alhamduillah kursus QGIS ini sangat berguna untuk semua dan mudah untuk dipelajari. Kursus yang sangat antai dan menyeronokkan

Amran Afandi
QGIS bagus kerana percuma, sukar bagi pengguna baru tetapi practice make perfect

Roslan Mamat
Terima kasih

Noraini Ahmad
Quantum GIS bagus untuk kegunaan JPBD. Diharapakan lebih banyak pendedahan dan latihan diberikan selepas ini.

Agus Mohd. Zaid
Terima kasih

Nadia Shakri
QGIS memang best memang sangat sangat suka dapat mempelajari QGIS

Nasihah Mat Radzi
Amat bagus dan praktikal, pengalaman yang baru bagi saya. QGIS amat mesra  serta mudah  tetapi perlu dipelajari lagi

Mohd. Ismail Zarir Muhamad Ghazali
Terima kasih

Ramli Awang
Perisian baru bagi saya QGIS selain daripada MapInfo .

Luqman Awang
User friendly tapi lebih banyak penyediaan diperlukan.

Rokman Shah Mohd. ALi
Terima kasih

Nawal Ramli
Terima kasih

Suzana Adnan
Sebagai new user, satu ilmu baru yang amat berguna untuk diaplikasikan dalam kerja seharian. Perlu di explore dengan lebih mendalam. Sangat praktikal untuk menggantikan perisian sedia ada sebab boleh menjimatkan kos untuk benda yang lebih berfaedah

Sarah Nadia Shafir
Terima kasih

Zukhairi Ahmad
Features yang ada dalam Quantum GIS hampir setanding dengan MapInof. Quantum GIS juga bersifat  mesra pengguna. Saya akan terus mempelajari dan bereksperimentasi dengan aplikasi Open Source ini.

Mohd. Ridhuan Mohd Said
Terima kasih

Noraffinie Norwen
QGIS quite good but need more time to learn ... :-)

Rusnah Muhamad
Alhamduillah, saya mesti menuasai QGIS ini tetapi memerlukan masa dan komputer yang baik. Insyallah.

Umi Hadia Abdullah
QGIS aplkasi yang bagus tapi perlukan masa untuk lebih fahami

Mazlina Yusoff
QGIS memang bagus untuk diaplikasikan dlam hal yang melibatkan JPBD tetapi memerlukan masa untuk menguasai QGIS

Widyaedayu Wahah
Subjek QGIS ini memang memudahkan kerja dan banyak perbezaan antara MapiInfo tetapi kerana biasa dengan MapInfo rasa macam tidak biasa untuk menggunakan QGIS ini. Insyallah kalau diberi kesempatan akan belajar lagi untuk saya membercepatkan menyediakkan data melalui kerja yang dilakukan dipejabat.

03/10/2012

* Capstone Project


Projek Capstone

Kepada mereka yang tak biasa dengan GIS dan kemungkinan besar, akibat pendedahan dari jenama  generic "ArcGIS" yang merangkumi versi desktop dan server (kecuali diberitahu) dan dari glamour web GIS dimana ramai keliru antara apa itu 'web GIS'? dan apa itu 'web mapping'?, saya rasa orang seperti ini akan menjangka QGIS, seperti ArcGIS, bukan hanya GIS desktop tetapi juga GIS server akan tetapi apabila mereka sedar ini bukannya, akan cepat memandang rendah terhadap QGIS untuk menutup kecetikan ilmunya. (You-know-it, I-know-it, we-all-know-it but we-make-don't-know-it) Rujukan paling baik yang suka saya membaca berkali-kali untuk membentukkan data GIS desktop supaya jadi web-mapable adalah projek Capstone oleh M. Ballenger. Saya tabik Madam ini atas sumbangannya, tambahan pula, beliau menggunakan perisian sumber terbuka khasnya QGIS (yang saya biasa), uDig, GeoServer and Notepad++ (yang saya tak biasa tapi sokong sepenuhnya). Oleh itu, kalau ingin tahu lebih mengenai kertasnya, klik disini.

Capstone Project

To those unfamiliar with GIS and probably because of exposure from the generic name "ArcGIS"  which conveniently covers a desktop and server version (unless told) and because of the glamour of web GIS which many people get confuse between what is 'web GIS'? and what is 'web mapping'?, I find that such people think QGIS, like ArcGIS, is not only a desktop GIS but also a server GIS and when they realize this is not the case, they quickly look down on QGIS as inferior just to cover their ignorance. (You-know-it, I-know-it, we-all-know-it but we-make-don't-know-it) To me, the best reference material which I like to read on and on about making desktop GIS data web-mapable is the Capstone Project by M. Ballenger. I take my hat off to her for her contribution, furthermore, she uses Open Source material in particular QGIS (which I am familiar with), uDig, GeoServer and Notepad++ (which I wholly support but have never used before). So, if you are interested in her paper, click here.

02/10/2012

QGIS article submitted to BULLETIN KPKT


Artikel QGIS dihantar untuk BULLETIN KPKT

Semalam, saya hilangkan diri diperpustakaan diatas tiba-tiba tertarik pada Bulletin KPKT. Terus saya mendapat ilham dan pada malam tu menderafkan artikel bagaimana kami telah memberi latihan QGIS kepada beberapa pihak berkuasa tempatan (terletak dibawah naungan KPKT) cara  hendak gunapakai QGIS. Hari ni, artikel tersebut telah diemel untuk tindakan Urusetia Bulletin KPKT selanjutnya. Bahagian saya, telah saya lakukan, kini, terserahlah kepada Urusetia KPKT.

QGIS article submitted to BULLETIN KPKT

Yesterday, I happened to disappear to the library upstairs then my Ministry's Bulletin caught my eye. A spark of idea suddenly shot to my head and late in the night I drafted a short article telling what good boys we have been this year training several local authorities (which come under their domain) how to use QGIS. Today that article was emailed to the Bulletin's secretariat. Well, I've done my part, the ball in now at their foot.