25/06/2012

Fundamental GIS issues affecting town and country planning in Malaysia


Isu-isu asas bagi GIS berkatian dengan perancangan bandar dan desa di Malaysia


Jabatan saya berhasrat untuk menghasilkan journal Townplan terkini semasa pelancaran Hari Perancang Bandar Sedunia 2012 bulan November ini dan telah menjemput saya menumbangkan artikel mengenai GIS. Saya tidak anggap diri sebagai penulis tetapi memandangkan tak ada perkara lain nak buat, maka, difikirkan lebih baik dihabiskan masa menyediakan artikel bertajuk "Fundamental GIS issues affecting town and country planning" kerana setahu saya, walaupun ada orang di pejabat (termasuk luar pejabat) yang tahu pasal GIS, tetapi tidak ramai yang betul-betul faham asas GIS, tambah pula ego tidak membenarkan mereka mengakui kelemahan masing-masing. Saya boleh popet-popet perkara-perkara yang lebih menarik dan kompleks mengenai GIS tetapi lebih baik saya tidak memperbodohkan diri sendiri. Saya beritahu pegawai berkaitan bahawa andainya artikel tersebut tidak diterima, tidak menjadi masalah, masih ada lain-lain pihak yang sudi menerimanya. Artikel tersebut boleh dimuat turun  disini.



Fundamental GIS issues affecting town and country planning in Malaysia

My department plans to produce the next Townplan journal on the launch of the World Town Planning Day 2012 in the month of November and invited me to contribute an article on GIS. I do not consider  myself a writer but since I have nothing better to do, I thought I would put some effort killing time with my next article "Fundamental GIS issues affecting town and country planning" because I know eventhough there are people in the office (as well as outside) that know GIS, not many people really understand GIS fundamentals but pride does not allow them to admit their ignorance. I could blabber away more interesting and complex GIS issues but why bother, I would only make a fool  of myself. I told the desktop officer if it is not accepted, I do not mind because there are alternative journals waiting to receive my article. The article can be downloaded here.

14/06/2012

Project Managers' Meeting exposed to landuse monitoring by QGIS

Waiting for my turn
Mesyuarat Pengurus Projek didedahkan kepada pemantauan gunatanah oleh QGIS

Semalam, saya dijemput untuk memberi taklimat di Mesyuarat Pengurus Projek anjuran jabatan saya di Penang tentang kebolehan QGIS untuk memantau pembangunan gunatanah. Ianya dihadiri oleh semua Pengarah Projek, Pengurus Projek, Pengarah Negeri/wakil. Sudahlah subjek GIS teknikal, tambah pula diikuti dengan topik yang mendalam dan waktu yang agak 'berat' (3:30ptg), maka tidak terkejut saya semasa menerangkan proses step-by-step dilihat semua pengarah-pengarah keluar dan seorang tertidur. Hanya 2 soalan dibangkitkan: Mengapa saya memilih kawasan kajian tersebut dan apakah perbezaaan antara PostgreSQL RDBMS dan analisis spatial oleh QGIS. Pertamanya, saya menjawab tidak mudah nak mencari data 'bersih' dan kawasan kajian tersebut cuma merupakan the 'best'. Kedua, saya menerangkan kebolehan RDBMS untuk menangani isu one to many dimana perisian GIS sama ada open atau close source tidak boleh menangani dan memandangkan data tepat perlu dikumpul, maka adalah wajar dipertingkatkan penyimpanan data GIS mngikut cara tersebut. Saya masih memikir mengapanya tiada respon. Mungkin taklimat saya sungguh hebat, mungkin ianya terlalu teknikal bagi pengurus projek, mungkin ini bukan pengkhususan mereka atau mungkin mereka takut bertanya kerana boleh menonjolkan kelemahan masing-masing. Apa jadi pun, saya percaya taklimat saya adalah baik. Sebelum saya keluar, sempat saya bertanya 5 orang antaranya yang lansung tiada latarbelakang GIS dan semua menjawab mereka faham saya. Mesyuarat tersebut penting bagi saya kerana ianya menunjukkan janganlah pandang rendah tentang Open Source GIS tapi sekurang-kurangnya cuba guna lah dulu.


Project Managers' Meeting exposed to landuse monitoring by QGIS

Yesterday, I was invited to brief my department's Project Manager's Meeting at Penang on how QGIS has the ability to monitor landuse development. It was attended by all Project Office directors, project managers and state directors or their representatives. The subject GIS was technical further compounded by a indepth subject and it was already a dry 3:30pm so when I went through the process step-by-step I was not surprised to see all the directors leave and someone doze off. Only 2 questions were asked: Why I chose that study area and what was the difference between PostgreSQL RDBMS and spatial analysis by QGIS. I replied firstly, it was not easy to find 'clean' data and that study area just happened to be the 'best'. Secondly, I explained the importance of RDBMS at addressing one to many issues which GIS software open or close source cannot handle and since accurate data needs to be collected, it becomes necessary to upgrade GIS data storage to this level of data collection. I am still thinking why there was hardly any response. Maybe my presentation was par excellence, may it was too technical for project managers, maybe it was not their expertise or just maybe they were too afraid to ask because it could show their ignorance. Whatever it is, I believe I did well. Just before I left, I asked 5 people, one of whom did not have GIS background and all replied they clearly understood me. To me, this was a very important meeting because it shows one not to look down on Open Source GIS but should at least try first.

07/06/2012

Training: QGIS training, ILKPKT, Bukit Tinggi, 5-6.6.2012

Welcome
Look & learn
East meets West tea break
Lunch time
Hands-on
Latihan: latihan QGIS, ILKPKT, Bukit Tinggi, 5-6.6.2012

Kumpulan ketiga berjaya menghadiri kursus latihan QGIS di ILKPKT, Bukit Tinggi, Pahang. Kini saya dah masak mengenali jalan ke Bukit Tinggi sampai boleh memandu ke sana dengan tutup mata :-D. Lebih kurang 20 orang menyertai kursus tersebut dan nisbah peserta dari pihak berkuasa perancang temapatan: jabatan perancang negeri adalah 4:1. Akan tapi, kami tidak dapat menunjuk cara untuk menginstalasi QGIS Ubuntu kerana masih tersekat oleh Kementerian. Ini telah saya buat permintaan kepada Kementerian dan mereka telah pun selaraskan dengan ILKPKT so harap-harap lain kali ada QGIS Ubuntu.

Training: QGIS training, ILKPKT, Bukit Tinggi, 5-6.6.2012

The third batch of participants attend the QGIS training at ILKPKT, Bukit Tinggi, Pahang. I think by now I know the road to Bukit Tinggi so well I can drive with my eyes closed :-D. About 20 people attended and the ratio of participants from local planning authorities: state planning departments was 4:1. We still could not show how QGIS Ubuntu can be installed because downloading was blocked by the Ministry. I have requested the Ministry to allow this and they have sorted it out with ILKPKT, hopefully the next time there is QGIS Ubuntu.

Peserta

Mohd.Fakri Ismail, MP Kota Bahru
QGIS baru je belajar tapi boleh la ikut sikit-sikit. AKan mohon lagi kursus QGIS untuk memahirkan diri.

Noor Hasliza Mustaffa, MP Kota Bahru
Terbaik

 Zanil Azhar Mad, MP Kota Bahru
Program memang canik, perlu kepada tempoh pengajian yang panjang sedikit

Che Hussin Idrus, MP Kota Bahru
Program amat baik, perlu di adakan setiap masa. Tenaga pengajar amat memuaskan.

Mohd. Fazly Mohd. Razali,  MD Pekan
Perlu lebih masa unutk memahirkan penggunaan dan perlu diadakan latihan asas ...kepada penggunan masing-masing

Nurul Eliza Mohd Yusof, MP Klang
Memerlukan tempoh masa kursus yang lebih untuk mendalami perisian dan latihan yang lebih banyak.

Safei Sarjin, JPBD Negeri Sembilan
Jangka masa kursus perlu ditambah lagi kerana masa yang telah diperuntukkan agak terhad.

Noor Haslinda Abd. Karim, JPBD Pahang
Temph kurus perlu ditambah ... tak sempat untuk memahirkan diri dengan ikon dalam QGIS

Rosli Puasa, MP Hang Tuah Jaya
Dicadangakan supaya disediakan Manual Pengguna (asal) bagi rujukan/panduan peserta kursus. Tempoh masa kursus minta dilanjutkan kepada 3-4 hari supaya dapat memahami lebih banyak dan latihan. DIcadangkan supaya mempuanyai lebih komputer yang sesuai dan selesa untuk pengguna. Kursus yang baik dan perlu diperluasakn dan digunakan QGIS oleh semua agensi kerajaan kerana banyak kelebihan.

Abdul Karim Karate, MP Alor Gajah
Sangat mesra pengguna, Practical dengan pemetaan. Syor buat kursus lagi.

Mohd. Arazi Atan, MP Sepang
Mudah digunakan tetapi perlu masa untuk mahir dan syor digunakan QGIS disemua jabatan.

Airurrizat Anip, MP Sepang
QGIS sangat baik dan perlu dipratiskan utnuk lebih mahir.

Nurul Husna Mohd rafie, MP Selayang
Terima kasih

Shariza Faridah Salim, MP Kluang
Terima kasih

Nik Mahanum Nik Yaacob, MP Kota Bahru
Terima kasih

Siti Saufiah Abdul Hadi, MD Mersing
Terima kasih