12/10/2012

Training: QGIS training at Kubang Pasu District Council, Kedah


First exposure to QGIS
Location of MDKP (See 'A') in relation to Langkawi island and Alor Setar
Latihan QGIS di Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) Kedah

Berita terkini dari Mohd. Fadzlan Mhd. Sa'ad

Setelah mendapat permintaan daripada kawan-kawan di MDKP untuk mengadakan sesi pengenalan GIS, maka pihak urusetia (Bahagian Perancang Bandar MDKP) telah pun menganjurkan kursus pada 10-11.10.2012 bertempat di Bilik Mesyuarat Jawatankuasa MDKP. Sesi kursus berjalan dengan baik sekali dan rata-ratanya peserta bukanlah mempunyai latar belakang pengetahuan GIS. Tetapi agak mengejutkan bahawa mereka dapat menggunakan perisian QGIS dengan baik sekali. Jika sebelum ini, kursus QGIS memberi tumpuan kepada bidang perancang bandar tetapi kali ini lebih tertumpu kepada kerja-kerja seharian di PBT. Antara bahagian yang hadir adalah :
  • Bahagian Perancangan Bandar
  • Bahagian Kejuruteraan/Bahagian Bangunan
  • Bahagian Perlesenan
  • Bahagian Penilaian
  • Bahagian OSC
Outcome Latihan
  • Dicadangkan supaya pendedahan mengenai perisian sebegini hendaklah diteruskan bagi meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai QGIS.
  • Kursus ini hendaklah dijalankan diluar kawasan pejabat untuk memberi fokus yang lebih baik terhadap kursus.
  • Cadangan supaya pengurusan MDKP dapat menubuhkan Jawatankuasa melaksanakan QGIS bagi pejabat MDKP dan dapat menggunakan QGIS.
  • Pihak pengurusan dapat menjimatkan kewangan sekiranya menggunakan perisian QGIS berbanding perisian GIS berlesen.
Hasil daripada kursus ini, para peserta mohon pihak urusetia menganjurkan kursus pengenalan lanjutan di luar kawasan MDKP untuk memberi tumpuan yang lebih baik serta dapat membincangkan dengan lebih khusus lagi.

QGIS training at Kubang Pasu District Council (MDKP),  Kedah

Latest news from Mohd. Fadzlan Mhd. Sa'ad

After receiving a request from friends at MDKP to hold a session to introduce GIS, the Secretariat  (Town Planning Division, MDKP) held the course on 10-11.10.2012 at the Main Committee Meeting Room, MDKP. It went smoothly and most participants had no previous knowledge of GIS. This, it was a bit of a shock to find them use QGIS with ease. Before, QGIS course were mainly provided to those in the field of town planning but this time around, it involved other divisions in the local authority. These included :
  • Town Planning Division
  • Engineering/Building Division
  • Licensing Division
  • Valuation Division
  • OSC Division
Outcome
  • It was proposed that exposure on this software be continued to improve knowledge on QGIS.
  • This course should be held outside the office to ensure better concentration.
  • It was proposed the MDKP Management establish a committee to implement the use of QGIS throughout MDKP.
  • The Management can save cost when QGIS is used instead of proprietary GIS software.
From this course, participants requested the Management organized future courses outside the office to ensure training will be more effective and specific to user needs.

Peserta
  1. En. Mohd Fadzli Bin. Hj. Abu Bakar (Bahagian Perancangan Bandar MDKP)
    Perisian QGIS ini memang baik untuk tujuan penggunaan perancangan khasnya PBT.

  2. En. Ahmad Abdul Rahman (Bahagian Perancangan Bandar MDKP)
    Perisian ini bagus untuk tujuan kemasukan data dan gambar untuk kerja-kerja seharian.

  3. En. Mohd Nasir Bin Halip (Bahagian Perancangan Bandar MDKP)
    QGIS mempunyai banyak kelebihan dan fungsi dalam kegunaan kerja seharian di pejabat.

  4. En. Mohd Shahrol Bin Samsudin (Bahagian Penilaian MDKP)
    Perisian yang terbaik, sesuai dengan kehendak Bahagian Pernilaian dalam pembangunan pangkalan data GIS. Cadangan supaya bengkel diadakan mengikut bahagian (tumpuan kepada satu-satu bahagian).

  5. Cik Wan Suriati Binti Megat Abdullah (Bahagian Penilaian)
    Sesuatu yang menarik untuk dipelajari. Perisian yang baik untuk semua info harta tanah.

  6. Pn. Nor Asiah Binti Mohamad (Bahagian OSC)
    Satu perisian baru yang menarik dan mudah dipelajari selain daripada dapat menambah ilmu baru.

  7. En. Virasak A/L Song
    So far semua bagus, perisian yang user friendly.

  8. Pn. Mashitohk Binti Ali (Bahagian Kesihatan)
    Suatu ilmu yang baru untuk saya pelajari dan aplikasi dalam tugasan harian. Memudahkan kerja untuk pengurusan data dan dapat menjimatkan masa dan kos.

  9. En. Hamzah Bin Don @ Abdul Wahab (Bahagian Kesihatan)
    Perisian QGIS adalah sangat bagus dan merupakan perisian yang amat menarik. Ianya sangat berfaedah bagi sesuatu organisasi untuk menguruskan dan mengawal aktiviti-aktiviti perniagaan , kawalan vektor dan lain-lain lagi. Analisa bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan dapat diketahui dengan lebih cepat dan menjimatkan. 

No comments:

Post a Comment